Dengan kemunculan Penumpuan antara pergerakan pasangan mata wang AUD/JPY terhadap penunjuk Pengayun Stochastic dan turut disahkan oleh pergerakan harganya yang bergerak di atas WMA (21) yang condong menaik pada carta 4 jam, maka dalam masa terdekat AUD/JPY berpotensi untuk mengukuh ke atas di mana paras 93.66 akan diuji. Sekiranya paras ini berjaya ditembusi dan harga ditutup di atasnya, maka AUD/JPY berpotensi untuk meneruskan pengukuhan ke paras 94.28 dan jika tahap volatiliti serta momentum pengukuhan menyokongnya, maka paras 94.86 akan menjadi sasaran seterusnya yang ingin dicapai. Namun, sekiranya dalam perjalanan menuju paras-paras sasaran tersebut berlaku kelemahan mengejut yang menembusi dan ditutup di bawah paras 91.59, maka semua senario pengukuhan yang telah dihuraikan sebelum ini akan terbatal dan tidak sah secara automatik.
(Penafian)