Gambaran Teknikal Pasaran:
Pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah menguji sokongan teknikal yang terletak pada tahap 1.2297, membuat tahap rendah pada tahap 1.2265 sebelum graflilin Pin Bar dibentuk. Lantunan harga dari tahap sokongan adalah kecil kerana harga telah terperangkap sekali lagi pada rintangan yang terletak pada tahap 1.2405. Harap maklum bahawa pasaran kini berada di luar tahap jualan dan berusaha untuk melonjak naik lebih tinggi ke tahap 1.2466 atau 1.2485. Momentum pasarab neutral sehingga kini, tetapi jika ia berubah kepada positif, kemungkinan besar gelombang menaik lain yang lebih tinggi akan dilihat.
Titik Pangsi Mingguan:
WR3 - 1.2909
WR2 - 1.2757
WR1 - 1.2605
Pangsi Mingguan - 1.2476
WS1 - 1.2324
WS2 - 1.2200
WS3 - 1.2054
Cadangan Perdagangan:
Rasa takut terhadap impak coronavirus sangat kuat di kalangan pelabur global dan ia turut berlaku di pasaran kewangan. Aliran harga utama pada pasangan mata wang GBP/USD adalah aliran menurun, tetapi pembalikan harga mungkin berlaku ketika pandemik coronavirus berjaya diatasi. Sokongan teknikal jangka panjang utama baru-baru ini telah ditembusi (1.1983) dan yang baru dilihat pada tahap 1.1404. Rintangan teknikal jangka panjang utama dilihat pada tahap 1.3518. Hanya jika salah satu daripada tahap ini ditembusi dengan jelas, trend utama mungkin akan diterbalikan (1.3518) atau dipercepatkan (1.1404). Pasaran diramalkan akan membentuk corak 'Double Top' pada tahap 1.2645, oleh yang demikian, harga mungkin akan bergerak lebih rendah dalam dagangan jangka panjang.
