
Pasangan mata wang EUR/GBP ini akhirnya berjaya menembusi rintangan utama yang terletak pada tahap 0.8866. Pasangan mata wang ini dilihat cenderung untuk diniagakan lebih tinggi ke tahap 0.9066 sebagai halangan pertama. Walau bagaimanapun, untuk dagangan jangka masa panjang, kita harus melihat pasangan mata wang EUR/GBP ini diniagakan di atas tahap puncak 0.9499.
Sokongan kini dilihat terletak pada tahap rintangan terdahulu, iaitu pada 0.8866. Ini semestinya melindungi penurunan harga bagi membolehkan pasangan mata wang EUR/USD ini melanjutkan kenaikkan harga ke tahap 0.9066 dan diikuti ke tahap 0.9499.
R3: 0.9183
R2: 0.9066
R1: 0.8987
Pangsi: 0.8934
S1: 0.8914
S2: 0.8866
S3: 0.8850
Cadangan Perdagangan:
Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli EUR dari tahap 0.8760 dan kami akan menaikkan kedudukan pesanan Stop Loss kami lebih tinggi ke tahap 0.8815.