Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD pada 16 Jun, 2020

parent
Analisis Forex:::2020-06-16T10:19:35

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD pada 16 Jun, 2020

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD pada 16 Jun, 2020

Gambaran keseluruhan:

Pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah menembusi rintangan, yang berubah menjadi sokongan kuat pada tahap 1.2506. Buat masa ini, pasangan mata wang ini berdagang di atas tahap ini. Ia cenderung untuk diniagakan dalam julat yang lebih tinggi selagi pasangan mata wang GBP/USD berada di atas tahap sokongan (1.2506), yang diharapkan akan bertindak sebagai sokongan utama pada hari ini.

Oleh itu, terdapat kemungkinan bahawa pasangan mata wang GBP/USD ini akan bergerak menaik dan strukturnya tidak kelihatan seperti pembetulan. Trend masih berada di bawah EMA 100, oleh yang demikian, prospek kenaikan harga kekal sah selagi 100 EMA menuju ke arah atas.

Dari sudut pandangan ini, tahap rintangan pertama dilihat pada tahap 1.2733 dan diikuti oleh tahap 1.2812, sementara sokongan harian 1 dilihat pada tahap 1.2632 (Anjakan Semula Fibonacci 50%).

Mengikut peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang GBP/USD masih diniagakan di antara tahap 1.2632 dan 1.2812; oleh itu, kami menjangkakan julat sebanyak 180 pip.

Oleh itu, adalah disyorakan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 1.2632 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.2733 untuk menguji rintangan harian 1 dan seterusnya ke tahap 1.2812.

Selain itu, tahap 1.2812 adalah lokasi terbaik untuk anda menetapkan pesanan Take Profit kerana ia berpotensi untuk membentuk 'Double Top'.

Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang GBP/USD menembusi tahap sokongan 1.2506, penurunan harga yang selanjutnya ke tahap 1.2403 akan berlaku, yang akan menunjukkan pasaran penurunan harga.

Secara keseluruhan, kami masih memilih senario kenaikkan harga, yang menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini akan kekal di bawah zon 1.2506 pada hari ini.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...