Gambaran Teknikal Pasaran:
Pasangan mata wang EUR/USD telah membatalkan corak harga 'Double Bottom' dan membuat tahap harga rendah yang lebih rendah pada tahap 1.1190. Sejak daripada itu, harga sukar untuk melantun sebagaimana penurunan harga masih mendominasi pasaran dan berkemungkinan akan melanjutkan penurunan ke tahap 1.1148. Ini adalah garis sempadan untuk aliran menaik kerana penembusan harga yang berterusan dari tahap 1.1148 akan menyebabkan penjualan yang lebih besar ke tahap 1.1009. Oleh yang demikian, adalah penting bagi aliran menaik untuk mempertahankan tahap ini, tetapi hanya penembusan harga yang berterusan terhadap garis rintangan trend jangka pendekakan membenarkan aliran menaik kembali mengawal pasaran (sekitar tahap 1.1300).
Titik Pangsi Mingguan:
WR3 - 1.1560
WR2 - 1.1485
WR1 - 1.1355
Pangsi Mingguan - 1.1283
WS1 - 1.1138
WS2 - 1.1066
WS3 - 1.0927
Cadangan Perdagangan:
Aliran harga utama bagi pasangan EUR/USD adalah penurunan harga, tetapi trend kenaikan tempatan masih berterusan. Sokongan teknikal jangka panjang utama dilihat pada tahap 1.0336. Sementara rintangan teknikal jangka panjang utama terletak pada tahap 1.1540. Hanya jika salah satu tahap ini ditembusi dengan jelas, trend utama mungkin akan diterbalikkan (1.1540) atau dipercepatkan (1.0336).