Tinjauan Pasaran Teknikal:
Pasangan mata wang GBP / USD hampir mencecah tahap geometri pasaran 1:1 yang berada pada tahap 1.2328. Paras rendah dibentuk setakat ini pada tahap 1.2334, tetapi masih terdapat peluang untuk harga mencapai tahap ini. Oleh kerana keadaan pasaran yang berada dalam situasi oversold dan penyelesaian yang tepat berdasarkan geometri pasaran, lantunan mungkin menjadi lebih dinamik sepertimana yang dilihat pada ketika ini. Sasaran pertama untuk kenaikka harga dilihat pada tahap 1.2406. Sekiranya kenaikan menjadi lebih tinggi, sasaran seterusnya dilihat pada tahap 1.2466. Sila perhatikan, bahawa untuk keluar dari zon saluran menurun jangka pendek, kenaikkan harga perlu menembusi tahap 1.2580.
Titik Pivot Mingguan:
WR3 - 1.2859
WR2 - 1.2772
WR1 - 1.2508
Pivot Mingguan - 1.2419
WS1 - 1.2165
WS2 - 1.2080
WS3 - 1.1826
Cadangan Perdagangan:
Aliran utama bagi pasangan mata wang GBP/USD adalah menurun, tetapi aliran menaik tempatan adalah berterusan. Sokongan teknikal jangka panjang utama baru-baru ini telah ditembusi (1.1983) dan paras baru dilihat berada pada tahap 1.1404. Rintangan teknikal jangka panjang utama dilihat pada tahap 1.3518. Hanya sekiranya salah satu tahap ini ditembusi dengan jelas, aliran utama mungkin melakukan pembalikan (1.3518) atau peningkatan (1.1404). Pasaran mungkin melakukan corak Double Top pada tahap 1.2645, jadi harga mungkin bergerak lebih rendah dalam jangka panjang.