Pasangan EURUSD minggu lalu menguji semula garis arah aliran rintangan yang menembusi segitiga di sekitar kawasan 1.1270 dan aliran menaik berjaya membuat lantunan dari situ. Harga terus menghormati kawasan sokongan ini dan ini mengesahkan betapa pentingnya tahap ini.
Garis merah - rintangan sebelumnya sekarang sokongan
Garis hijau - garis arah aliran tahap sokongan condong ke atas
Pasanga EURUSD kembali diniagakan di atas tahap 1.13. Dalam analisis mingguan sebelumnya, kami menyatakan bahawa penting bagi aliran emnaik untuk merebut kembali tahap 1.13 setiap minggu dan ini boleh menjadi penentu bagi arah aliran selama beberapa minggu ke depan. Pasangan EURUSD ditutup minggu lalu tepat di tahap utama kami. Minggu ini bermula dengan catatan positif dan kita dapat melihat pergerakan menuju ke tahap 1.14 dan lebih tinggi selagi kita berdagang di atas tahap 1.1270. Lonjakan kedua dari garis arah aliran rintangan menembusi garis merah adalah tanda kenaikkan. Rintangan kini dijumpai pada paras tertinggi pada tahap 1.1370 minggu lalu.