Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 13 Julai, 2020

parent
Analisis Forex:::2020-07-13T10:17:12

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 13 Julai, 2020

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 13 Julai, 2020

Gambaran keseluruhan:

Pasangan mata wang EURUSD meneruskan pergerakan menaik dari tahap 1.1273.

Minggu lalu, pasangan mata wang ini telah meningkat dari tahap 1.1273 (tahap 0.9887 adalah bertepatan dengan Lanjutan Fibonacci 23.6%) ke tahap puncak sekitar 1.1321.

Akibatnya, pasangan mata wang EURUSD ini telah menembusi rintangan yang terletak pada tahap 1.1292, yang mana ia kini telah berubah menjadi sokongan kuat pada tahap 1.1292.

Merujuk kepada carta 1 Jam, tahap 1.1292 dijangka akan bertindak sebagai sokongan utama pada hari ini. Pada masa ini, harga dilihat sedang bergerak dalam saluran kenaikan harga. Ini disahkan oleh indikator RSI yang menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini masih berada dalam pasaran menaik.

Harga masih berada di atas Moving Averages (MA)(100). Dari sudut ini, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang EURUSD ini akan terus bergerak dalam arah aliran menaik dari tahap sokongan 1.1292 menuju ke tahap sasaran 1.1371 untuk menguji 'Double Top'.

Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya mencapai tahap 1.1371, pasaran akan menunjukkan peluang kenaikan harga di atas tahap 1.1371 sehingga ia dapat menembusi sasaran kedua pada tahap 1.1392.

Pada masa yang sama, jika pasangan mata wang EUR/USD ini berjaya menembusi tahap 1.1273, pasaran akan menjunam jauh lebih rendah ke tahap 1.1243 (sokongan harian 2).

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...