Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal bagi ETH/USD untuk 15 Julai 2020:

parent
Analisis Kripto:::2020-07-15T05:56:55

Analisis Teknikal bagi ETH/USD untuk 15 Julai 2020:

Berita Industri Kripto:

PayPal telah mengesahkan bahawa mereka telah mengembangkan peluang dalam bidang mata wang kripto, selaras dengan surat kepada Suruhanjaya Eropah. Dokumen tersebut pada awalnya diserahkan pada tarikh 20 Mac dan untuk memberi maklumbalas semula kepada perundingan awam Suruhanjaya Eropah bagi membina rangka kerja EU untuk pasaran aset kripto.

Dalam surat itu, syarikat gergasi pembayaran mengakui bahawa mereka "sentiasa memantau dan menilai perubahan global dalam ruangan mata wang kripto dan Blockchain / DLT", menekankan bahawa ia menganjurkan pendekatan peraturan "harmoni" yang tidak akan memberi ancaman inovasi.

Sebagai tambahan, PayPal merujuk hubungannya dengan sumber mata wang kripto, dengan mengambil kira bahawa pada tahun 2019 mereka bergabung dengan Persatuan Libra untuk mempelajari "lebih mendalam mengenai penggunaan teknologi Blockchain yang dicadangkan untuk memberikan perkhidmatan kewangan kepada penduduk bukan perbankan di seluruh dunia," tetapi kemudian mengundurkan diri, kerana dia mula mengusahakan penyelesaiannya sendiri dalam ruangan tersebut:

"Sejak awal projek, PayPal telah mengambil langkah sebelah pihak dan nyata untuk mengembangkan kemampuannya dalam bidang ini, dan oleh itu - tanpa mempersoalkan nilai projek - telah memutuskan untuk tidak melibatkan diri dalam Persatuan Libra dan lebih fokus pada pelaksanaan misi semasa dan keutamaan perniagaan kami untuk pengenalan umum akses kepada perkhidmatan kewangan ".

Tinjauan Pasaran Teknikal:

Pasangan ETH / USD telah melantun dari paras rendah tempatan pada AS$ 236.31, yang berada tepat di atas sokongan teknikal tempatan yang berada pada AS$ 235.42. Kenaikkan harga cuba menembusi rintangan garis tren sekali lagi, tetapi peningkatan ini adalah jangka pendek dan pasaran telah melakukan pembalikan. Sekiranya penurunan berterusan, sasaran seterusnya untuk penurunan harga dilihat pada tahap AS$ 232.04 dan AS$ 224.39. Sila ambil perhatian, momentum juga mula menurun selari dengan tinjauan penurunan jangka pendek.

Pivot Points (PP) Mingguan:

WR3 - AS$274.89

WR2 - AS$261.89

WR1 - AS$250.42

Pivot Mingguan - AS$236.01

WS1 - AS$225.12

WS2 - AS$210.17

WS3 - AS$199.13

Cadangan Perdagangan:

Aliran (Tren) jangka panjang utama bagi pasangan mata wang EUR / USD adalah menurun, tetapi tren kenaikan tempatan berterusan. Sokongan teknikal jangka panjang utama dilihat pada tahap 1.0336 dan rintangan teknikal jangka panjang utama dilihat pada tahap 1.1540. Hanya sekiranya salah satu tahap ini ditembusi dengan jelas, tren utama mungkin akan melakukan pembalikan (1.1540) atau peningkatan (1.0336).

Analisis Teknikal bagi ETH/USD untuk 15 Julai 2020:

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...