Emas melonjak naik lebih tinggi dan mempercepatkan pergerakan kenaikkannya setelah membuat pengumpulan kecil tepat di atas tahap psikologi $1,800. Logam berharga ini terperangkap di dalam jangka pendek untuk merebut kembali lebih banyak momentum menaik sebelum mencapai tahap tinggi baru.
Emas diniagakan lebih tinggi sebagaimana mata wang Dolar AS dilihat meneruskan fasa pembetulannya berbanding pesaing utama yang lain. Harga emas dijangka mencapai tahap tinggi baru susulan pengesahan enembusan harga di atas tahap $1,800.
- Penembusan Julat XAU/USD!
Emas diniagakan pada tahap $1,822, tepat di atas rintangan statik R1 ($1,821). Penembusan harga yang sah di atas tahap ini akan mengesahkan pertumbuhan emas yang selanjutnya sekurang-kurangnya ke garis Fibonacci 50% pada pitchfork menaik hitam.
Secara teknikal, penembusan harga dari julat minor, di atas tahap tinggi $1,818, dan di atas Upper Median Line (UML) pada pitchfork menurun kecil menunjukkan pergerakan menaik penting.
- Tips Perdagangan EMAS
Anda berpeluang untuk mengambil pesanan membeli pada penembusan harga yang sah di atas tahap R1 ($1,821), jika harga emas ditutup dan stabil di atas tahap rintangan statik ini. Sasaran pertama dilihat pada garis Fibonacci 50%, rintangan dinamik ini telah menghentikan harga pada masa lalu, sementara sasaran kenaikan utama dilihat pada Upper Median Line (UML) pada picthfork menaik, di sekitar tahap R2 ($1,861).
Sokongan kritikal kekal berada pada Median Line (ML) pitchfork menaik, hanya penurunan harga di bawah tahap ini akan membatalkan kenaikan selanjutnya dan akan membawa peluang kemasukan pesanan menjual.