Tinjauan Pasaran Teknikal:
Pasangan mata wang EUR/USD telah melantun dari garis saluran lebih tinggi (upper channel line) yang terletak di sekitar tahap 1.1695 dan akan meneruskan tren kenaikan tempatan. Tingkah laku harga ini mungkin menunjukkan peningkatan tren ke arah kenaikan Fibonacci 61% dari gelombang besar terakhir yang dilihat pada carta masa mingguan yang berada pada tahap 1.1822. Namun, semasa kenaikkan harga terakhir, pasaran telah membuat corak graf lilin Pin Bar di bahagian atas pergerakan, jadi penarikan semula tempatan mungkin terjadi pada bila-bila masa sekarang. Sokongan yang berhampiran dilihat berada pada tahap 1.1655 dan 1.1648. Sila perhatikan juga keadaan pasaran yang overbought.
Pivot Points (PP) Mingguan:
WR3 - 1.2024
WR2 - 1.1839
WR1 - 1.1768
Pivot Mingguan - 1.1582
WS1 - 1.1509
WS2 - 1.1334
WS3 - 1.1257
Cadangan Perdagangan:
Rintangan teknikal jangka panjang utama dilihat pada tahap 1.1540 telah ditembusi, jadi pasangan mata wang EUR/USD mengesahkan tren menaik. Sasaran seterusnya dalam jangka panjang dilihat pada tahap 1.1813 - 1.1851. Tiada petunjuk untuk pembetulan yang lebih besar yang akan muncul, jadi semua penurunan perlus dibeli sehingga tahap 1.1347 jelas ditembusi.