Tinjauan Pasaran Teknikal:
Pasangan mata wang GBP/USD telah memulakan minggu dagangan baru di atas tahap 1.3220 dan kerana momentum yang kuat mungkin meneruskan pergerakan ini lebih tinggi. Rintangan teknikal terdekat dilihat pada tahap 1.3264 - 1.3283, oleh itu sebarang penembusan zon ini akan membuka laluan ke arah ayunan tinggi yang dilihat pada tahap 1.3306. Sokongan teknikal tempatan dilihat pada tahap 1.3165 dan 1.3121, selagi GBP berdagang di atas tahap ini, tinjauan masih kekal menaik. Trend jangka masa yang lebih tinggi tetap meningkat dengan sasaran yang dilihat pada tahap 1.3380.
Pivot Points (PP) Mingguan:
WR3 - 1.3481
WR2 - 1.3397
WR1 - 1.3286
Pivot Mingguan - 1.3197
WS1 - 1.3085
WS2 - 1.2994
WS3 - 1.2882
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang GBP/USD berada dalam trend menurun pada carta masa bulanan, tetapi lonjakan baru-baru ini dari tahap rendah pada 1.1411 yang dibuat pada pertengahan bulan Mac 2020 kelihatan sangat kuat dan mungkin merupakan ayunann pembalikan. Untuk mengesahkan perubahan trend, kenaikkan harga perlu menembusi rintangan teknikal yang dilihat pada tahap 1.3518. Semua pembetulan tempatan harus digunakan untuk kemasukkan pesanan membeli selagi tahap 1.2674 tidak ditembusi.
