Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Aliran menaik pasangan mata wang EUR/USD menguji tahap rintangan 1.19

parent
Analisis Forex:::2020-11-20T09:25:30

Aliran menaik pasangan mata wang EUR/USD menguji tahap rintangan 1.19

Pasangan mata wang EUR/USD diniagakan menaik sewaktu penulisan ini ditulis, tetapi prospeknya kekal menaik meskipun terdapat penurunan kecil. Ia menekan zon rintangan, maka kita memerlukan penembusan harga yang sah untuk memastikan kenaikan harga akan terus berlanjutan.

Dalam tempoh beberapa jam akan datang, kita boleh menentukan arah pergerakan pasangan mata wang EUR/USD. Keyakinan pengguna zon eropah dijangka turun dari -16 kepada -18, petunjuk ekonomi boleh membawa kepada turun naik pasaran yang tinggi dan peluang perdagangan yang baru.

Dolar AS diniagakan semula dalam aliran menurun ekoran laporan Tuntutan Pengangguran AS meningkat secara tidak dijangka dari 711K kepada 742K pada minggu lalu.

Pasangan Mata Wang EUR/USD Masih Cenderung untuk Membuat Penembusan Menaik

Aliran menaik pasangan mata wang EUR/USD menguji tahap rintangan 1.19

Pasangan mata wang EUR/USD terus berdagang di sekitar tahap rintangan statik 1.1880, yang menandakan tekanan pembelian walaupun terdapat beberapa penembusan harga palsu. Para pedagang dinasihatkan agar berhati-hati kerana hanya penembusan harga yang sah di atas tahap psikologi 1.19 dan melalui R1 (1.1921) akan mengesahkan pergerakan menaik yang lebih jauh dan menawarkan peluang pesanan pembelian.

Senario kenaikkan harga boleh dibatalkan oleh penembusan harga palsu dengan pemisahan ketara atau oleh corak bearish engulfing utama yang dicetak pada tahap 1.19.

  • Senario Perdagangan bagi Pasangan Mata Wang EUR/USD


    Adalah disarankan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli apabila pasangan mata wang ini menutup di atas R1 (1.1921) dengan sasaran kenaikan berpotensi pada tahap R3 (1.2096). Secara teknikalnya, kecenderungan pasaran adalah menaik, oleh itu, harga cenderung untuk membuat penembusan menaik.


    Adalah disarankan kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual pada penurunan harga di bawah 1.1816. tahap rendah terdahulu yang mempunyai sasaran penurunan pada tahap sokongan 1.1695.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...