Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Pasangan mata wang EUR/USD diniagakan sangat lemah menjelang pengumuman laporan NFP

parent
Analisis Forex:::2021-01-08T10:19:13

Pasangan mata wang EUR/USD diniagakan sangat lemah menjelang pengumuman laporan NFP

Pasangan mata wang EUR/USD diniagakan dengan 'warna merah' pada paras 1.2221 dan ia cenderung untuk meneruskan kejatuhan harga ke paras lebih rendah sekiranya Indeks Dolar AS kembali pulih. Pasangan mata wang ini telah melepaskan diri dari saluran menaik jangka pendek yang menandakan kemungkinan fasa pembetulan.

Hari ini, laporan dari Amerika Syarikat (AS) pasti akan menggegarkan pasaran. Perubahan Pekerjaan Bukan Perladangan dijangkakan akan merekodkan bacaan pada 60 ribu pekerjaan, lebih rendah berbanding 245 ribu pada bulan November, Purata Pendapatan Setiap Jam mungkin meningkat sebanyak 0.2%, sementara Kadar Pengangguran berkemungkinan akan meningkat dari 6.7% kepada 6.8%.

Sementara itu, Kadar Pengangguran Zon Eropah berkemungkinan akan meningkat dari 8.4% kepada 8.5%, menambahkan tekanan penjualan ke atas pasangan mata wang EUR/SD.

Pasangan mata wang EUR/USD mengisyaratkan paras puncak!

Pasangan mata wang EUR/USD diniagakan sangat lemah menjelang pengumuman laporan NFP

Pasangan mata wang EUR/USD telah menunjukkan tanda-tanda terlebih belian (overbought) kebelakangan ini tetapi tidak cukup untuk kita mempertimbangkan untuk membuka pesanan jual. Saya juga telah memberitahu anda dalam analisis sebelumnya bahawa harga boleh mengaktifkan fasa penjualan, pembetulan harga sekiranya ia jatuh dan stabil di bawah tahap 1.2214, yang merupakan sokongan statik rendah terdahulu.

Seperti yang anda dapat perhatikan pada carta 4 Jam, harga kini dilihat sedang menguji tahap sokongan kritikal. Penutupan harga di bawahnya akan menandakan penurunan harga yang selanjutnya. Namun, anda harus ingat bahawa pergerakan harga akan dipengaruhi oleh faktor-faktor asas, oleh itu, apa-apa sahaja boleh berlaku setelah laporan AS dikeluarkan.

Ramalan!

Para pedagang disarankan untuk membuka pesanan jual pada penembusan harga palsu baru di atas paras 1.23 atau penurunan harga di bawah paras psikologi 1.22. 1.21 dan 1.20, yang boleh digunakan sebagai sasaran untuk aliran menurun.

Penutupan dan penstabilan harga di atas tahap paras 1.23 akan menandakan pertumbuhan harga yang selanjutnya.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...