Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Dagangan Emas Dipengaruhi oleh Mata Wang Dolar AS

parent
Analisis Forex:::2021-01-08T10:53:38

Dagangan Emas Dipengaruhi oleh Mata Wang Dolar AS

Emas (XAU/USD) diniagakan semula di bawah tahap psikologi $1,900 setelah gagal menembusi rintangan dinamik dan disebabkan oleh kenaikan Dolar AS. Harga cenderung untuk melonjak naik lebih tinggi lagi sekiranya laporan AS mencatatkan bacaan yang mengecewakan pada hari ini.

Indikator NFP AS meramalkan sekitar 60 ribu pekerjaan pada bulan Disember tetapi saya bimbang ia akan mencatatkan bacaan yang lebih buruk berbanding ramalan kerana Perubahan Pekerjaan Bukan Perladangan ADP telah jatuh ke wilayah negatif pada hari Rabu.

Adakah Penurunan XAU/USD Hanya Bersifat Sementara?

Dagangan Emas Dipengaruhi oleh Mata Wang Dolar AS

Emas gagal stabil di atas garis amaran pertama (WL1) pada Pitchfork menurun yang menandakan pembeli telah keletihan dan kemungkinan pengunduran harga sementara. Pengakhiran penurunan harga pada Rabu menunjukkan Sell-off.

Sekarang kadar menyaksikan penembusan harga palsu di bawah Upper Median Line (UML) pada Pitchfork menurun dan ia boleh cuba untuk kembali lebih tinggi setelah data ekonomi AS dikeluarkan. Kecenderungan kenaikkan harga masih berlaku walaupun terdapat penurunan semasa selagi ia diniagakan di atas tahap 1,862 - 1,848.

Tips Dagangan!

Pasangan XAU/USD dapat menenmbusi Upper Median Line (UML) sekali lagi, satu lagi penembusan harga palsu dengan pemisahan yang hebat atau penutupan menaik akan dapat menambahkan peluang kemasukan beli yang besar. Kembali berdagang dan stabil di atas $ 1,900 juga merupakan peluang untuk membuka pesanan beli.

Juga, kita akan mempunyai peluang membeli jika harga melonjak dan stabil di atas garis amaran (WL1).

Membuka pesanan jual bukan pilihan yang baik buat masa sekarang, kita mempunyai peluang untuk membuka pesanan jual setelah penurunan harga pada hari Rabu.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...