Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis teknikal pasangan mata wang GBP/USD untuk 15 Februari 2021

parent
Analisis Forex:::2021-02-15T11:09:34

Analisis teknikal pasangan mata wang GBP/USD untuk 15 Februari 2021

Analisis teknikal pasangan mata wang GBP/USD untuk 15 Februari 2021

Gambaran keseluruhan:

Pasangan mata wang GBP/USD diramalkan akan terus meningkat dari tahap 1.3780 dalam jangka panjang. Perlu diperhatikan bahawa sokongan ditetapkan pada tahap 1.3780 yang mewakili titik pangsi harian pada carta 1 Jam (H1).

Indeks Kekuatan Relatif pada carta empat jam tepat di atas tahap 60 - menunjukkan keadaan 'overbought'. Walau bagaimanapun, momentum kekal menaik dan pasangan mata wang berada di atas Simple Moving Averages 50 dan 100. RSI masih memberi isyarat bahawa arah aliran meningkat kerana tetap kuat di atas Moving Average (MA)(100). Ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini cenderung untuk meningkat dalam beberapa jam akan datang.

Secara keseluruhan, terdapat kemungkinan yang tinggi untuk pasangan mata wang GBP/USD mengabaikan keadaan 'overbought' untuk beberapa ketika.

Oleh itu, pasangan mata wang GBP/USD menunjukkan tanda-tanda kekuatan berikutan penembusan harga pada tahap tinggi 1.3913.

Pasangan mata wang GBP/USD ini meningkat dari tahap 1.3780 (sokongan mingguan) ke tahap tinggi sekitar 1.3913. Hari ini, tahap sokongan pertama dilihat terletak pada 1.3780, dan diikuti oleh tahap 1.3698, sementara rintangan harian dilihat pada tahap 1.3913.

Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli di atas tahap 1.3900 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.3981 untuk menguji rintangan harian 2.

Sekiranya trend berjaya menembusi tahap rintangan kedua 1.3981, pasangan mata wang ini cenderung untuk bergerak lebih tinggi meneruskan perkembangan trend kenaikan harga ke tahap 1.4050.

Tahap 1.4050 adalah lokasi yang baik untuk menetapkan pesanan Take Profit.

Untuk aliran menurun: Sekiranya pasangan mata wang ini gagal melepasi tahap 1.3913, pasaran akan menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap 1.3913.

Pasaran akan terus menurun ke tahap 1.3780 dan 1.3698 untuk kembali berdagang ke tahap sokongan harian. Selain daripada itu, penembusan harga pada tahap sasaran itu akan menggerakkan pasangan mata wang lebih jauh ke tahap rendah 1.3565 untuk membentuk 'Double bottom'.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...