Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Corak Inverse Head & Shoulders Pasangan Mata Wang EUR/USD Diaktifkan, Kenaikkan 200 Pips Diramalkan!

parent
Analisis Forex:::2021-02-25T09:25:45

Corak Inverse Head & Shoulders Pasangan Mata Wang EUR/USD Diaktifkan, Kenaikkan 200 Pips Diramalkan!

Pasangan mata wang EUR/USD meningkat ke tahap 1.2203 pada hari ini sekaligus mengabaikan kawasan rintangan kritikal. Penembusan harga pada tahap rintangan langsung menjadikan pasangan mata wang ini kembali menarik. Sebenarnya, penembusan harga pada hari ini menandakan pertumbuhan yang selanjutnya dalam jangka pendek.

Dolar AS meneruskan 'sell-off' susulan dorongan Powel mengenai inflasi. Hari ini, AS akan mengeluarkan data ekonomi penting seperti KDNK Prelim, Pesanan Barangan Tahan Lama, Teras Pesanan Barangan Tahan Lama, Tuntutan Pengangguran, dan Penjualan Rumah Belum Siap.

Pasangan mata wang EUR/USD sangat mengukuh,oleh itu, beberapa laporan ekonomi AS yang lebih baik daripada yang dijangkakan hanya akan menyebabkan penarikan semula kecil dan sementara selepas kenaikan semasa.

Pertumbuhan Pasangan Mata Wang EUR/USD Disahkan!

Corak Inverse Head & Shoulders Pasangan Mata Wang EUR/USD Diaktifkan, Kenaikkan 200 Pips Diramalkan!

Pasangan mata wang EUR/USD akhirnya berjaya menembusi di atas Pitchfork menurun Upper Median Line (UML) dan melalui R1 (1.2181) yang menandakan pertumbuhan selanjutnya ke tahap 1.23 dan 1.24.

Semalam saya telah memberitahu anda bahawa penembusan harga di atas tahap rintangan segera akan mengesahkan corak Inverse Head & Shoulders yang boleh membawa kepada pertumbuhan 200 pips dalam tempoh yang akan datang.

Secara teknikalnya, pasangan mata wang EUR/USD masih berpotensi untuk menurun dan menguji halangan kenaikan harga yang telah ditembusi jika data AS merekodkan bacaan yang lebih baik dari yang diramalkan hari ini.

Tips Dagangan!

Rali agresif semasa, graf lilin H4, mewakili isyarat kenaikan harga. Sasaran kenaikan pertama dilihat pada tahap R2 (1.2248), sementara sasaran kenaikan kedua, halangan, dilihat pada garis peringatan pertama (WL1).

Pengesahan corak H&S memberikan isyarat pergerakan menaik yang penting menuju ke tahap 1.24 - 1.2450.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...