Zon Eropah
Penunjuk/indicator ekonomi menunjukkan pemulihan aktiviti perniagaan di kawasan Eropah selepas setengah tahun melemah. Pada bulan Julai, pinjaman bank di kawasan Eropah meningkat sebanyak 4.1%, merupakan antara pertumbuhan tertinggi sejak bulan Mei 2009, pertumbuhan pelaburan modal menunjukkan bahawa perniagaan itu secara positif menilai keadaan ekonomi.
Kesimpulan yang sama telah dicapai dalam kumpulan CESifo. Ketiga-tiga indikator yang menilai iklim perniagaan menunjukkan peningkatan ketara. Syarikat berpuas hati dengan keadaan semasa, jangkaan lebih optimistik, keyakinan perniagaan semakin berkembang.

Peningkatan jangkaan adalah terutamanya disebabkan oleh hasil positif rundingan perdagangan antara Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) pada bulan Julai, di mana pihak-pihak bersetuju untuk menahan diri dari langkah-langkah unilateral/satu pihak mengenai duti. Pada masa yang sama, terdapat kebimbangan bahawa perjanjian itu akan menjadi jangka pendek, ekoran daripada pihak Amerika akan menghubungkannya dengan persepakatan di kawasan lain, khususnya, menuntut untuk menghentikan kerjasama dengan Iran.
Selain itu, tidak dilupakan juga bahawa perang perdagangan yang dilepaskan oleh pentadbiran Trump adalah dirangcang terlebih dahulu, tetapi mereka diminta untuk menggantikan pendapatan belanjawan yang jatuh disebabkan permulaan pembaharuan cukai dan memudahkan pemulangan modal ke Amerika Syarikat. Dalam erti kata lain, semakan semula hubungan perdagangan adalah sebahagian daripada strategi, dan bukan langkah terpencil, dan jika demikian, maka sebarang perjanjian perlu berada dalam kerangka strategi, sekiranya tidak, mereka tidak akan berfungsi.
Di zon Eropah itu sendiri, terdapat kesedaran yang semakin meningkat bahawa dasar monetari semasa perlu disemak semula. Dalam skop ini, ketua ekonomi ECB, Peter Prat, bercakap pada hari Selasa, mencatatkan pertumbuhan beberapa risiko, khususnya, pertumbuhan nilai bon dan harga hartanah.
Pada hari Khamis, Suruhanjaya Eropah akan membentangkan pandangannya mengenai dinamik aktiviti perniagaan di kawasan Eropah, ramalan positif, pada hari Jumaat Eurostat akan menerbitkan data awal mengenai inflasi pengguna pada bulan Ogos.
Secara umum, mood dalam pasangan EUR/USD kekal menaik, euro cuba untuk keluar dari saluran menurun, pada hari percubaan cenderung untuk menguji rintangan pada kawasan 1.1750 dan mendapatkan kedudukan yang lebih tinggi.
United Kingdom
Pada minggu ini dagangan mata wang pound diniagakan di julat yang berhampiran, kerana tiada berita makroekonomi yang penting diterbitkan, dan pada hari Isnin adalah hari cuti. Reaksi kepada pengurangan dalam ketegangan, didorong oleh ucapan pada hari Jumaat oleh ketua Rizab Persekutuan iaitu Jerome Powell, berlaku pada hari Selasa, apabila kadar hasil bon kerajaan meningkat dengan secara mendadak. Sebagai contoh, sekuriti 10 tahun mempunyai hasil sebanyak 1.277% pada petang Jumaat, dan pada hari Selasa ia dibuka pada 1.451%, pertumbuhan hasil dorongan oleh penjualan bon, yang menunjukkan perubahan dalam sentimen pelabur.
Berikutanb daripada apa yang berlaku masih terdapat risiko politik yang berkaitan dengan Brexit. Para pelabur membuat taksiaran bahawa kebarangkalian kesepakatan pada sidang kemuncak EU pada bulan Oktober yang rendah, tetapi mereka menjangkakan bahawa pada bulan Disember keputusan itu masih akan dicapai. Kerajaan British cuba membuat keadaan yang baik dalam permainan yang tidak baik, Theresa May memberitahu pemberita pada hari Selasa bahawa kekurangan perjanjian adalah lebih baik daripada perjanjian yang buruk.
Walau bagaimanapun, kekurangan penjelasan menghalang para pelabur dalam projek pembiayaan di UK, yang seterusnya, mengurangkan permintaan untuk dagangan mata wang pound. Hari ini, pasangan mata wang GBP / USD akan sekali lagi menghabiskan hari dalam julay yang berhampiran, kawasan sokongan 1.2827, rintangan adalah tahap tertinggi baru-baru ini pada 1.2935.
Minyak
Pembetulan penurunan dalam indeks dolar menyumbang kepada kenaikan harga bahan mentah dan, khususnya, untuk pasaran minyak. Kemerosotan dalam kadar pertumbuhan Fed pada tahun 2019 adalah dilihat oleh pasaran sebagai faktor positif bagi pertumbuhan ekonomi global secara keseluruhannya, dan oleh itu pertumbuhan permintaan bagi produk minyak dan minyak berkemungkinan besar.
Pertumbuhan sebut harga juga menyumbang kepada pengurangan rizab minyak di Amerika Syarikat pada minggu lepas, pengurangan bilangan pelantar penggerudian aktif, serta peningkatan tekanan terhadap Iran.
Brent berpotensi untuk pertumbuhan dalam jangka pendek hingga kepada paras harga dgaangan sebanyak $ 78 / bbl, yang secara kasarnya selaras dengan sempadan atas saluran menurun beberapa bulan kebelakangan ini. Pada masa yang sama, seseorang mesti meneruskan kenyataan bahawa kelemahan semasa dolar mungkin menjadi sementara, dan pencapaian rintangan ini akan mencetuskan kepada jualan.