Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ EUR/USD: Pelan Dagangan AS untuk 12 Disember. Peniaga menunggu keputusan laporan inflasi AS

parent
Analisis Forex:::2018-12-13T05:07:18

EUR/USD: Pelan Dagangan AS untuk 12 Disember. Peniaga menunggu keputusan laporan inflasi AS

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EUR/USD, anda dikehendaki:

Pada separuh pertama hari ini, pembeli euro berjaya berdagang di atas tahap sokongan 1.1320-1.1310 dan membuat penembusan harga palsu pada tahap tersebut. Akibatnya, terdapat peningkatan dalam rintangan yang lebih besar 1.1341, yang telah saya perhatikan pada ramalan pagi saya. Hanya penetapan harga di atas kawasan 1.1341 akan menghasilkan isyarat yang baik kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli euro dan mengemaskini tahap maksimum kepada 1.1370, di mana saya mencadangkan kedudukan untuk menetapkan pesanan Take Profit. Pada sebelah petang, anda perlu memberikan perhatian terhadap laporan inflasi Amerika Syarikat, yang mungkin akan menyebabkan peningkatan yang lebih besar dalam dolar AS. Sekiranya pasangan mata wang EUR/USD diniagakan rendah, saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk kembali ke posisi membeli dari tahap sokongan 1.1293 atau lantunan semula harga dari tahap 1.1268.

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD, anda dikehendaki:

Aliran menurun gagal menembusi di bawah tahap sokongan 1.1310 dan tugas utama mereka pada masa ini adalah untuk memerhatikan kawasan rintangan 1.1341. Membuat penembusan harga palsu pada tahap ini, mungkin bertepatan dengan pengumuman laporan inflasi di AS, akan menjadi isyarat yang baik untuk menjual euro. Juga, penetapan harga di bawah tahap sokongan 1.1310 pada sebelah petang akan membawa kepada aliran menurun yang lebih ketara, dengan kemas kini tahap rendah 1.1293 dan 1.1268, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit. Sekiranya keputusan laporan ekonomi kurang memberansangkan bagi pertumbuhan AS dan EUR/USD berdagang di atas tahap 1.1341, kedudukan menjual adalah disyorkankan pada lantunan semula harga dari tahap maksimum 1.1370.

Isyarat Indikator:

Moving averages

Perdagangan dilakukan di bawah Moving averages 30 dan 50 days, yang menunjukkan pembentukan aliran menurun.

Bollinger band

Sekiranya euro diniagakan rendah pada separuh kedua hari ini, indikator Bollinger Bands pada tahap 1.1314 akan memberikan sokongan yang baik, penembusan harga pada tahap tersebut yang akan menyebabkan penjualan besar euro..

EUR/USD: Pelan Dagangan AS untuk 12 Disember. Peniaga menunggu keputusan laporan inflasi AS

Huraian Indikator

MA (moving average) 50 days - kuning

MA (moving average) 30 days - hijau

MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9

Bollinger Bands 20

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...