Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Pasangan Mata Wang EUR/USD Mensasarkan Tahap 1.22 Sebagai Sasaran!

parent
Analisis Forex:::2021-05-17T07:50:15

Pasangan Mata Wang EUR/USD Mensasarkan Tahap 1.22 Sebagai Sasaran!

Pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan menaik pada tahap 1.2142 dan ia cenderung untuk meneruskan pertumbuhannya kerana USDX (DXY) berada di bawah tekanan penjualan yang besar. Harga telah menurun sedikit untuk menguji semula titik pangsi mingguan sebelum melonjak lebih tinggi.

Secara teknikalnya, penarikan semula kecil dijangka setelah kenaikan Jumaat. Pedagang menjangkakan data penjualan runcit Amerika Syarikat (AS) akan merekodkan bacaan yang lemah, oleh yang demikian, pasangan mata wang EUR/USD mula meningkat secara agresif beberapa jam sebelum laporan dikeluarkan.

Pasangan mata wang EUR/USD bergerak lebih tinggi!

Pasangan Mata Wang EUR/USD Mensasarkan Tahap 1.22 Sebagai Sasaran!

Pasangan mata wang EUR/USD melanjutkan pertumbuhan setelah menguji semula aliran menaik dan kini berdagang di atas pangsi mingguan (1.2126). Setelah menguji semula, harga berkemungkinan besar akan meneruskan pergerakan menaik menuju ke tahap yang lebih tinggi.

Prospek dagangan menaik kekal sah selagi ia berada di atas garis aliran menaik. 1.2116 dilihat sebagai tahap sokongan segera, sementara 1.2176 mewakili rintangan segera.

Pasangan mata wang EUR/USD berpotensi untuk diniagakan mendatar dalam jangka pendek sebelum mengesahkan pergerakan harga yang kuat. Tindakan harga menunjukkan corak 'Rising Wedge' yang berpotensi. Namun, corak ini boleh dibatalkan oleh penembusan kenaikan harga.

Ramalan!

Pengukuhan harga di atas pangsi mingguan (1.2126) dan rekod tahap tinggi baru yang lebih tinggi, penutupan kenaikkan harga di atas tahap 1.2151 pada hari ini, boleh menunjukkan isyarat kenaikan yang selanjutnya.

Penembusan harga yang sah di atas tahap 1.2176 menandakan kemungkinan penembusan kenaikan melalui garis menaik, di atas R1 (1.2200). UML dilihat sebagai sasaran kenaikan utama.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...