Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Jumlah pelantar minyak dan gas di seluruh dunia pada tahun 2018 melonjak untuk tahun kedua berturut-turut

parent
Berita Analisis:::2019-01-10T01:54:29

Jumlah pelantar minyak dan gas di seluruh dunia pada tahun 2018 melonjak untuk tahun kedua berturut-turut

Jumlah pelantar minyak dan gas di seluruh dunia pada tahun 2018 melonjak untuk tahun kedua berturut-turut

Menurut syarikat perkhidmatan minyak Amerika, Baker Hughes, jumlah purata bulanan pelantar minyak dan gas yang aktif di dunia pada tahun 2018 meningkat dengan keputusan tahun kedua berturut-turut. Pada tahun 2017, angka itu dicatatkan pada sekitar 2,029 unit, dan pada tahun 2018, dengan catatan sebanyak 2,211 unit penggerudian yang sedia ada.

Di Amerika Syarikat, bilangan atau jumlah pelantar aktif pada bulan Disember meningkat sebanyak 1 unit berbanding dengan data bulan November (1078 unit), dan di Kanada, bilangan pelantar yang sedang dipasang merosot sebanyak 57 unit, kepada 141, merupakan antara jumlah yang paling rendah sejak bulan Mei 2018. Justeru , Amerika Utara kini mempunyai kira-kira sebanyak 54.3% daripada jumlah bilangan penggerudian pelantar yang masih beroperasi di antara kebanyakkan negara.

Jumlah penggerudian pelantar di Eropah pada bulan Disember 2018 meningkat kepada 12 hingga 95 unit, merupakan antara jumlah yang maksimum sejak bulan Mei 2017. Peningkatan bilangan pemasangan di rantau Asia Pasifik adalah sebanyak 9 unit kepada 231 (paras tertinggi sejak Mac 2015 ). Di Amerika Latin, bilangan pelantar meningkat kepada angka 8 hingga 197 unit, di Afrika, 5 hingga 108 unit. Di Timur Tengah, bilangan pemasangan tidak berubah, kekal kepada 394 unit.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...