Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Pasangan Mata Wang EUR/USD Kembali ke Tahap Sokongan! Peluang untuk Pesanan Membeli?

parent
Analisis Forex:::2021-05-27T06:45:42

Pasangan Mata Wang EUR/USD Kembali ke Tahap Sokongan! Peluang untuk Pesanan Membeli?

Pasangan mata wang EUR/USD menjunam dalam sesi dagangan semalam apabila Indeks Dolar AS melantun. Sekarang, pertumbuhan DXY nampaknya telah berakhir selepas ia mencapai garis aliran menurun segera. Masih ada peluang untuk melihat apa yang sebenarnya akan terjadi setelah Amerika Syarikat (AS) menerbitkan laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Tuntutan Pengangguran, dan Penjualan Rumah Belum Siap.

Beberapa data AS yang lemah harus menyokong pertumbuhan pasangan mata wang EUR/USD, sementara bacaan yang lebih baik berbanding ramalan akan membantu dolar AS untuk meneruskan pertumbuhannya. Pesanan Barangan Tahan Lama dan Pesanan Barangan Tahan Lama Teras juga dijadualkan akan dikeluarkan, oleh yang demikian, anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati kerana volatiliti pasaran akan menjadi lebih tinggi.

Pasangan mata wang EUR/USD diniagakan kukuh menjelang pengumuman laporan KDNK AS!

Pasangan Mata Wang EUR/USD Kembali ke Tahap Sokongan! Peluang untuk Pesanan Membeli?

Pasangan mata wang EUR/USD jatuh setelah gagal stabil di atas rintangan mingguan (1.2241). Kini ia telah mendapat sokongan tepat pada pivot mingguan (1.2184) di atas garis aliran menaik.

Kecenderungan pasaran bagi pasangan ini kekal menaik selagi ia berada di atas garis aliran menaik. Ujian semula atau membuat penembusan harga palsu akan menawarkan peluang kemasukan pesanan membeli. Secara teknikalnya, hanya penembusan hagra ang sah melalui garis aliran menaik akan dapat memberikan isyarat pembalikan penurunan sementara.

Gambaran Dagangan untuk Pasangan Mata Wang EUR/USD!

Kecenderungan pasangan ini adalah menaik, oleh yang demikian, pedagang masih berpeluang untuk mendapatkan peluang kemasukan pesanan membeli selagi pasangan mata wang EUR/USD berada di atas garis aliran menaik. Penembusan harga palsu dengan pemisahan yang besar melalui garis aliran menaik atau bullish engulfing ketara akan menawarkan peluang pesanan membeli baru.

Sasaran seterusnya untuk aliran menaik terletak pada Upper Median Line (UML) pitchfork menurun.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...