Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:
Pembeli Euro kembali aktif setelah statistik fundamental yang lemah dikeluarkansepanjang minggu ini. Pada masa ini, pasangan mata wang ini perlu mengukuh di atas tahap rintangan 1.1343, yang berpotensi untuk mendorong kenaikkan EUR/USD ke tahap tinggi 1.1368 dengan sasaran utama mengemaskini tahap 1.1394, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit. Sekiranya harga diniagakan rendah, sokongan akan ditemui di kawasan 1.1317, tetapi langkah terbaik adalah untuk membeli euro dari tahap tersebut dengan syarat terdapat penembusan harga palsu. Adalah mungkin untuk membuka pesanan membeli pada lantunan semula harga dari tahap rendah 1.1292.
Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:
Pergerakkan menurun adalah perlahan. Kegagalan pengukuhan harga dan harga kembali berdagang di bawah tahap rintangan 1.1343 akan menjadi isyarat pertama untuk menjual euro, dan sasaran akan terletak pada kawasan sokongan 1.1317, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit. Sekiranya pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan dalam aliran menaik di atas tahap 1.1343 pada separuh pertama hari ini dan pengumuman laporan ekonomi yang baik untuk Jerman dan Itali, pembetulan menaik mungkin akan dilanjutkan. Dalam senario ini, adalah lebih baik untuk mempertimbangkan kedudukan menjual pasangan mata wang EUR/USD sewaktu lantunan semula harga dari tahap tinggi 1.1368 dan 1.1394.
Isyarat Indikator:
Moving averages
Perdagangan dijalankan di bawah Moving Average (MA) 30 hari dan 50 hari, menunjukkan bahawa sifat penurunan pasaran kekal.
Bollinger bands
Sekiranya berlaku pembetulan menaik, sempadan menaik indikator Bollinger Bands sekitar tahap 1.1358 akan menjadi tahap yang baik untuk para pedagang mengambil pesanan menjual euro.
Hurian Indikator
- MA (moving average) 50 days -Kuning
- MA (moving average) 30 days - Hijau
- MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
- Bollinger Bands 20