Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 19 Februari, 2019. Laporan Sentimen Zon Eropah berpotensi untuk membantu euro

parent
Analisis Forex:::2019-02-19T09:35:13

EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 19 Februari, 2019. Laporan Sentimen Zon Eropah berpotensi untuk membantu euro

Untuk membuka pesanan membeli pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Kegagalan pasangan mata wang ini untuk menembusi di atas tahap tinggi sekitar 1.1325 telah mendorong euro untuk membuat menyebabkan pembetulan menurun pada sesi petang. Pada masa ini, pembeli mengandaikan bahawa laporan baik mengenai sentimen pengguna Jerman dan zon eropah, yang berpotensi untuk membawa kepada pembentukan penembusan harga palsu pada separuh pertama hari ini di kawasan sokongan 1.1288. Ini akan menjadi isyarat pertama untuk membeli euro, berdasarkan kepada umur dan ujian tinggi semalam pada tahap 1.1332, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit. Sasaran utama untuk aliran menaik adalah pada tahap rintangan baru 1.1366. Sekiranya berlaku penurunan harga di bawah tahap sokongan 1.1288, saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EUR/USD sewaktu ujian harga pada tahap sokongan 1.1262 atau pada lantunan semula harga dari tahap rendah bulanan 1.1235.

Untuk membuka pesanan menjual pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Penjual Euro boleh menggunakan statistik zon eropah, dan sekiranya laporan mencatatkan bacaaan lemah, penembusan harga di bawah tahap sokongan 1.1288, yang akan meningkatkan tekanan pada pasangan mata wang EUR/USD dan membawa harga kembali diniagakan ke tahap rendah 1.1262 dan 1.1235, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit. Sekiranya pembetulan menaik pada separuh pertama dikekalkan pada hari ini, isyarat untuk mengambil pesanan menjual euro akan menjadi pengukuhan harga di atas tahap rintangan 1.1332. Dalam senario yang berbeza, adalah mungkin untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD sewaktu lantunan semula harga dari tahap tinggi sekitar 1.1366.

Isyarat Indikator:

Moving averages

Perdagangan kembali ke kawasan Moving averages (MA) 30 hari dan 50 hari, yang menandakan pembentukan pasaran mendatar.

Bollinger band

Sekiranya pasangan mata wang ini menyaksikan kenaikkan, had atas indikator Bollinger Bands sekitar tahap 1.1332 akan mengehadkan potensi peningkatan euro. Penembusan harga pada sempadan yang lebih rendah di kawasan 1.1288 akan meningkatkan tekanan pada pasangan mata wang EUR/USD ini.

EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 19 Februari, 2019. Laporan Sentimen Zon Eropah berpotensi untuk membantu euro

Huraian Indikator:

  • MA (moving average) 50 days - Kuning
  • MA (moving average) 30 days - Hijau
  • MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
  • Bollinger Bands 20
Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...