Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Pelan Dagangan Sesi Amerika EUR/USD untuk 21 Februari, 2019. Permintaan untuk euro kekal meskipun Zon Eropah mencatatkan bacaan laporan yang melemah

parent
Analisis Forex:::2019-02-22T03:46:37

Pelan Dagangan Sesi Amerika EUR/USD untuk 21 Februari, 2019. Permintaan untuk euro kekal meskipun Zon Eropah mencatatkan bacaan laporan yang melemah

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EUR/USD, anda perlu:

Selepas laporan aktiviti indeks PMI zon eropah menyaksikan bacaan melemah, pembeli euro gagal naik lebih tinggi dari tahap rintangan 1.1355 tetapi permintaan kekal. Pada sebelah petang, semua perhatian akan difokuskan kepada laporan ekonomi Amerika Syarikat tetapi aliran menaik masih perlu menembusi dan mengukuh di atas tahap rintangan 1.1355, yang akan membawa kepada pembetulan menaik lebih besar ke tahap maksimum 1.1394 dan 1.1432, di mana saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit. Sekiranya pasangan mata wang EUR/USD ini meneruskan aliran menurun, pesanan membeli boleh diambil dengan syarat penembusan harga palsu dibentuk di kawasan sokongan 1.1319 atau pada lantunan semula harga dari tahap minimum 1.1279.

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD, anda perlu:

Hari ini, penjual euro dilihat telah membentuk penembusan harga palsu, yang menarik perhatian pada ramalan pagi. Selagi pasangan mata wang ini diniagakan berada di bawah tahap rintangan 1.1355, kita boleh bergantung pada penurunan EUR/USD selanjutnya ke kawasan sokongan 1.1319, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit. Sekiranya harga mengukuh di bawah tahap ini, tekanan pada pasangan mata wang EUR/USD ini mungkin akan meningkat dengan ketara, yang akan mengembalikan pasangan ke kawasan minimum 1.1279. Dengan senario pembetulan menaik dan penembusan harga pada tahap 1.1355, yang boleh berlaku selepas pengumuman laporan ekonomi yang melemah di Amerika Syarikat, anda boleh menjual euro sewaktu lantunan semula harga dari tahap maksimum 1.1394 dan 1.1432.

Ketahui lebih lanjut dalam video ramalan untuk 21 Februari, 2019.

Isyarat Indikator:

Moving averages (MA)

Pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan dalam MA 30 dan 50, yang menunjukkan pasaran berdagang secara latera.

Bollinger bands

Sekiranya pembetulan menaik berlaku, pertumbuhan akan dihadkan oleh had lebih tinggi indikator Bollinger Band di kawasan 1.1366. Walau bagaimanapun, penembusan harga oada tahap ini akan menjadi isyarat yang baik untuk mengambil pesanan membeli.

Pelan Dagangan Sesi Amerika EUR/USD untuk 21 Februari, 2019. Permintaan untuk euro kekal meskipun Zon Eropah mencatatkan bacaan laporan yang melemah

Huraian Indikator:

MA (moving average) 50 days - Kuning

MA (moving average) 30 days - Hijau

MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...