Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:
Kenaikkan minggu ini didorong oleh laporan Brexit dan kemungkinan lanjutan penarikan keluar UK dari EU telah menyokong pound, tetapi sebenarnya tiada perubahan secara asasnya. Adalah lebih baik untuk kembali ke pesanan membeli selepas mengukuh di atas tahap rintangan 1.3276, yang berpotensi membawa kepada pemusnahan pesanan SL penjual dan pergerakan menaik ke tahap yang tinggi 1.3346, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit. Sekiranya berlaku pembetulan yang lebih rendah, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD pada penembusan harga palsu dari tahap sokongan 1.3204 atau pada pemulihan harga dari tahap rendah 1.3144.
Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:
Permintaan untuk mata wang pound menurun, dan ini adalah seperti yang dijangkakan. Kegagalan harga untuk mengukuh di atas tahap rintangan 1.3276 akan menjadi isyarat tambahan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual untuk menguji tahap rendah 1.3204 dan 1.3144, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit. Sekiranya terdapat pertumbuhan pada separuh pertama selepas pengumuman laporan yang positif untuk UK, pesanan menjual boleh diambil semula pada lantunan harga dari tahap tinggi 1.3346. Sudah tentu, pembeli pound tidak akan membiarkan pasangan mata wang ini jatuh dengan mudah, dan setiap pergerakan menurun "menyakitkan" akan disertai dengan kenaikan mendadak. Tidak ada yang mengerikan dalam hal ini; perkara utama adalah bahawa tiada kemas kini tahap tinggi, yang akan menunjukkan kesinambungan aliran menaik.
Ketahui lebih lanjut dalam video ramalan untuk 28 Februari, 2019.
Moving averages
Pasangan mata wang ini kekal diniagakan berhampiran Moving Averages (MA) 30- dan 50, yang menunjukkan kemungkinan pembetulan menurun.
Bollinger band
Penembusan harga pada had yang lebih rendah pada indiator Bollinger Bands berhampiran tahap 1.3240 akan membawa kepada gelombang baru penurunan pound.
Huraian Indikator
- MA (moving average) 50 days - Kuning
- MA (moving average) 30 days - Hijau
- MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
- Bollinger Bands 20