Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:
Hari ini, pembeli euro perlu kembali ke tahap rintangan 1.1386, susulan kegagalan pasangan mata wang ini untuk menutup pada Jumaat lalu, yang menyebabkan pembentukan saluran menurun baru. Pengukuhan harga di atas tahap 1.1386 pada hari ini akan memungkinkan lanjutan sifat pasaran menaik, yang akan membawa kepada pembaharuan tahap tinggi mingguan sekitar 1.1417, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan Take Profit. Sekiranya laporan harga pengeluar di zon eropah mencatatkan bacaan melemah, adalah lebih baik untuk mempertimbangkan kedudukan mengambil pesanan baru pasangan mata wang EUR/USD selepas ia membuat pembentukan penembusan harga palsu pada tahap sokongan 1.1354 atau melantun semula dari tahap rendah 1.1317.
Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:
Laporan zon Eropah dan AS yang melemah pada Jumaat lalu telah menyebabkan pasangan mata wang EURUSD ini berdagang dalam julat harga sempit, tetapi kelebihannya adalah di sisi penjual euro. Selagi harga diniagakan di bawah sempadan 1.1386, tekanan pada pasangan mata wang EUR/USD akan berterusan. Pembentukan penembusan harga palsu pada tahap ini selepas pengumuman laporan harga pengeluar zon Eropah akan menjadi isyarat langsung untuk menjual euro dan penolakan serta penurunan pada tahap sokongan 1.1354. Ini seterusnya akan membawa kepada penjualan yang lebih besar ke kawasan rendah 1.1317, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan Take Profit. Dalam senario kenaikkan euro di atas tahap rintangan 1.1386, adalah lebih baik untuk mempertimbangkan kedudukan menjual baru semasa lantunan semula harga dari tahap tinggi 1.1417 dan 1.1459.
Moving averages
Pasangan mata wang EURUSD ini diniagakan berhampiran Moving Averages (MA) 30 hari dan 50, yang menunjukkan ketidakpastian pasaran, dengan sedikit kelebihan kepada penjual.
Bollinger band
Penembusan harga pada had lebih rendah indikator Bollinger Bands berhampiran tahap 1.1354 boleh menyebabkan penjualan euro baru. Pertumbuhan akan dihadkan ke sempadan lebih tinggi indikator pada tahap 1.1390, di mana anda akan dapat melihat penjualan euro.
Huraian Indikator
- MA (moving average) 50 days - Kuning
- MA (moving average) 30 days - Hijau
- MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
- Bollinger Bands 20