Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi AS untuk 04 Mac. Pembeli euro menembusi tahap sokongan utama

parent
Analisis Forex:::2019-03-05T01:44:13

EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi AS untuk 04 Mac. Pembeli euro menembusi tahap sokongan utama

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Pembeli Euro gagal menembusi di atas tahap sokongan 1.1354 pada separuh pertama hari ini, hasilnya pasangan mata wang ini telah melanjutkan penurunan. Pada masa ini, adalah lebih baik untuk kembali ke pesanan membeli untuk melantun dari tahap utama 1.1317, yang mana pasangan mata wang EUR/USD kini mensasarkan ke tahap tersebut. Walau bagaimanapun, tugas utama untuk separuh kedua hari ini adalah kembali berdagang dan mengukuh di atas tahap rintangan 1.1354, yang akan membawa kepada pembetulan menaik yang lebih besar di kawasan 1.1386, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit.

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Harga pengeluar zon eropah mencatatkan bacaan yang selari dengan ramalan ahli ekonomi, yang membawa kepada pembetulan harga yang lebih rendah dan penembusan harga pada tahap sokongan 1.1354. Selagi pasangan mata wang ini berdagang di bawah julat harga ini, tekanan terhadap euro akan berterusan, dan sekiranya berlaku pembetulan menaik, pembentukan penembusan harga palsu pada julat ini akan menjadi isyarat tambahan untuk menjual pasangan mata wang EUR/USD dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.1317, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit pada hari ini. Sekiranya senario kenaikkan harga yang lebih tinggi dari tahap rintangan 1.1354 dilihat, anda boleh mengambil pesanan menjual euro semasa lantunan semula harga dari tahap 1.1386.

Isyarat Indikator:

Moving averages

Pasangan mata wang EURUSD ini akan diniagakan di bawah Moving Averages (MA) 30 dan 50-hari, menunjukkan sifat penurunan harga pasaran.

Bollinger bands

Penembusan harga di bawah had lebih rendah Bollinger Bands akan menyebabkan gelombang baru dalam menjual euro. Pada sebelah petang, kenaikkan harga mungkin dihadkan oleh had indikator purata pada tahap 1.1360.

EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi AS untuk 04 Mac. Pembeli euro menembusi tahap sokongan utama

Huraian Indikator

  • MA (moving average) 50 days - Kuning
  • MA (moving average) 30 days - Hijau
  • MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
  • Bollinger Bands 20
Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...