Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EUR/USD, anda perlu:
Fokus pembeli akan tertumpu kepada penarikan semula harga dan pengukuhan di atas tahap rintangan 1.1342, yang akan membawa kepada pembetulan menaik ang lebih tinggi ke tahap maksimum 1.1369, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit. Sekiranya pasangan mata wang ini meneruskan dagangan dalam aliran menurun susulan laporan indeks PMI yang melemah di negara-negara zon eropah, para pedagang boleh mengambil pesanan membeli semasa lantunan semula harga dari tahap sokongan 1.1304 dan 1.1279. Jika harga menembusi tahap minimum ini, adalah penting untuk memberi perhatian kepada kemungkinan perbezaan (divergence) pada indikator MACD, yang akan menjadi isyarat tambahan untuk kemasukan pesanan membeli.
Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD, anda perlu:
Tekanan terhadap euro semakin perlahan. Selepas harga menembusi tahap sokongan utama selaman, yang sebelum ini bertindak sebagai sempadan lebih rendah saluran, pembeli secara perlahan mula kembali ke pasaran. Pada masa ini, aliran menurun perlu membuat penembusan harga palsu di kawasan rintangan pada tahap 1.1342, yang akan menjadi isyarat jualan pertama yang akan membawa pasangan mata wang EUR/USD berdagang ke tahap 1.1304 dan 1.1279, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit. Sekiranya pasangan mata wang ini meningkat di atas tahap 1.1342, anda boleh segera menjual semasa lantunan semula harga dari tahap maksimum 1.1369.
Ketahui lebih lanjut mengenai ramalan perdagangan yang boleh didapati di dalam video ulasan.
IIsyarat Indikator:
Pasangan mata wang ini diniagakan di bawah Moving Averages (MA) 30 dan 50 hari, yang menunjukkan kelebihan memihak kepada penjual euro.
Bollinger band
Volatiliti pasaran telah jatuh mendadak dan penembusan harga pada had yang lebih tinggi pada indikator Bollinger Bands di kawasan 1.1342 boleh membawa kepada peningkatan yang lebih besar dalam euro pada hari ini.
Huraian Indikator:
MA (moving average) 50 days - kuning
MA (moving average) 30 days - hijau
MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
Bollinger Bands 20