Menurut penganalisis, kemerosotan baru-baru ini dalam nilai logam kuning menunjukkan permulaan kepada pengukuhan harga. Kos 1 auns emas telah jatuh ke paras minimum lima minggu yang lalu. Para pakar percaya bahawa kejatuhan ini adalah hanya bersifat sementara, dan logam berharga akan melonjak semula.
Pada hari Jumaat lepas, harga emas menunjukkan penurunan yang ketara. Kos logam berharga jatuh sebanyak 1.5%, di bawah paras harga dagangan sebanyak AS$ 1,300, yang merupakan angka terendah sejak bulan Januari 2018.
Menurut penganalisis, selepas kenaikan harga emas secara besar-besaran, lambat laun pembetulan akan berlaku. Emas mengesahkan kebimbangan beberapa pakar yang meramalkan tahap rintangan yang kukuh sekitar AS$ 1,350. Emas tidak dapat mengatasinya, pakar menegaskan. Mereka percaya bahawa logam kuning boleh jatuh harga kepada paras harga dagangan sebanyak AS$ 1,280 untuk 1 auns. Tahap ini akan menjadi peluang terbaik bagi para pelabur bagi meningkatkan kedudukan mereka dalam logam berharga untuk tempoh jangka panjang.
Pakar mendesak para peserta pasaran supaya tidak bimbang tentang pembetulan baru-baru ini, mengingatkan bahawa data asas emas tidak berubah. Faktor seperti konflik perdagangan antara Amerika Syarikat dan China, keadaan di sekitar Brexit, serta penghentian seketika dalam kenaikkan kadar faedah Fed terus menyokong logam berharga. Pakar percaya bahawa emas mempunyai peluang yang baik untuk meneruskan pertumbuhan.