Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ EURUSD: Laporan baik dari zon eropah menginspirasi keyakinan pelabur dan pedagang

parent
Analisis Forex:::2019-03-06T01:52:22

EURUSD: Laporan baik dari zon eropah menginspirasi keyakinan pelabur dan pedagang

Hari ini, beberapa laporan ekonomi utama dijadualkan akan dikeluarkan, walaupun secara tidak langsung, bahawa ekonomi Eropah dengan mudah dapat bertahan dalam kemelesetan daripada yang dijangkakan sebelumnya. Pada bulan Januari, indeks di beberapa negara dalam sektor perkhidmatan bergerak di bawah paras 50, yang menunjukkan penurunan dalam pertumbuhan, maka data bulan Februari adalah lebih optimis.

Oleh itu, Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Itali pada bulan Februari mencatatkan bacaan 50.4 mata, sementara pada bulan Januari indeks berada pada tahap 49.7 mata. Ahli ekonomi telah meramalkan skor sekitar 49.2 mata.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) untuk Perancis pada Februari meningkat kepada 50.2 mata, sementara ia disasarkan 49.8 mata. Kembali pada bulan Januari, indeks mencatatkan 47.8.

Jerman terus menjadi peneraju di zon eropah. Indeks pengurus pembelian PMI yang sama untuk sektor perkhidmatan meningkat kepada 55.3 mata pada bulan Februari, sementara ia diunjurkan pada 55.1 mata. Pada bulan Januari, indeks mencatatkan bacaan 53.0 mata.

Bagi kawasan euro secara keseluruhannya, indeks pengurus pembelian untuk sektor perkhidmatan mencatatkan bacaan pada tahap 52.8 mata pada bulan Februari berbanding 51.2 mata pada bulan Januari, yang pastinya membuatkan pengawal selia Eropah berada lega. Indeks meramalkan bacaan 52.3 mata.

PMI komposit zon eropah juga sedikit meningkat pada bulan Februari dengan mencatatkan bacaan 51.9 mata berbanding 51.0 mata pada bulan Januari, sementara ramalan mengunjurkan 51.4 mata.

Laporan yang positif mengenai jualan runcit di zon eropah juga merupakan isyarat pemulihan ekonomi Eropah. Menurut Biro Perangkaan Eropah, pertumbuhan jualan runcit di zon eropah diteruskan pada bulan Januari selepas ia membuat penurunan mendadak pada akhir 2018. Oleh itu, penjualan di kedai dan Internet pada bulan Januari meningkat sebanyak 1.3% berbanding Disember dan 2.2% berbanding Januari 2018.EURUSD: Laporan baik dari zon eropah menginspirasi keyakinan pelabur dan pedagang

Laporan ini menunjukkan bahawa sebab utama pertumbuhan jualan adalah peningkatan sentimen pengguna dan kenaikkan yang dipercepatkan dalam pendapatan.

Bagi gambaran teknikal pasangan mata wang EURUSD, ia kekal tidak berubah berbanding ramalan pagi. Sekurang-kurangnya aliran menaik berjaya menghentikan penurunan euro.

Hanya penembsuan harga yang jelas pada tahap 1.1340 akan membolehkan instrumen dagangan mengekalkan pembetulan harga, yang akan membawa harga berdagang ke tahap tinggi 1.1370 dan 1.1405. Sekiranya berlaku penurunan harga yang selanjutnya pada euro, adalah lebih baik bergantung pada pesanan membeli di kawasan sokongan utama 1.1270 dan 1.1230.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...