Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:
Di sebelah pagi, pasangan mata wang ini diniagakan dalam aliran mendatar, yang menyebabkan gambaran teknikal tidak berubah. Tugas utama aliran menaik adalah kembali berdagang ke tahap rintangan 1.1310, penetapan harga akan menyebabkan pembetulan menaik pada tahap 1.1337, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit. Pada sebelah petang, laporan mengenai pasaran buruh AS dijadualkan akan dikeluarkan, yang boleh mendorong pasangan mata wang EUR/USD untuk diniagakan lebih rendah lagi. Dalam senario ini, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan mebeli semasa lantunan semula harga dari tahap sokongan 1.1279 dan 1.1257.
Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:
Walaupun pasangan mata wang ini diniagakan dalam aliran di bawah tahap 1.1310, tekanan ke atas pasangan mata wang ini akan berterusan, dan kegagalan harga untuk menembusi tahap ini pada waktu petang akan menjadi isyarat langsung untuk kemasukan pesanan menjual euro selanjutnya untuk mengemas kini sokongan ke tahap 1.1279 dan 1.1257, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan Take Profit. Sekiranya harga meningkat di atas tahap 1.1310, anda boleh mengambil pesanan menjual semasa lantunan semula dari tahap rintangan 1.1337.
Ketahui lebih lanjut dalam video ramalan 6 Mac, 2019.
Isyarat Indikator:
Moving averages
Pasangan mata wang ini diniagakan di kawasan Moving Averages (MA) 30 hari dan 50 hari, yang menunjukkan pasaran penurunan harga.
Bollinger band
Volatiliti adalah sangat rendah, yang tidak memberi isyarat untuk kemasukan pasaran.
Huraian Indikator
MA (moving average) 50 days - Kuning
MA (moving average) 30 days - Hijau
MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
Bollinger Bands 20