Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ EURUSD: Laporan positif membantu euro mengekalkan momentum kenaikan harga

parent
Analisis Forex:::2019-03-14T02:36:35

EURUSD: Laporan positif membantu euro mengekalkan momentum kenaikan harga

Mata wang Eropah kembali ke tahap tinggi semalam selepas data yang baik menunjukkan pengeluaran perindustrian di zon eropah melonjak lebih tinggi berbanding ramalan pada Januari tahun ini.

Ini adalah isyarat yang baik bahawa ekonomi zon eropah, walaupun dengan kesukaran, mengatasi kemelesetan.

EUR

Menurut laporan oleh agensi statistik EU Eurostat, pengeluaran perindustrian pada Januari meningkat sebanyak 1.4% berbanding Disember 2018. Ahli ekonomi meramalkan bahawa pertumbuhan akan mencatatkan 1%. Walau bagaimanapun, berbanding Januari 2018, pengeluaran perindustrian susut sebanyak 1.1%.

Seperti yang dinyatakan dalam laporan itu, sumbangan utama kepada keputusan tersebut dibuat oleh Sepanyol, di mana pengeluaran perindustrian meningkat 3.6%.

EURUSD: Laporan positif membantu euro mengekalkan momentum kenaikan harga

Data ekonomi AS, yang dijangkakan, tidak membawa hasil yang diperlukan dan gagal mempengaruhi pembetula menaik semasa pasangan mata wang EURUSD.

Walaupun harga pengeluar di AS meningkat pada bulan Februari, titik data masih menyederhanakan tekanan inflasi asas.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja AS, indeks permintaan PPI akhir pada Februari 2019 meningkat hanya 0.1% berbanding bulan sebelumnya. Indeks dasar, yang tidak mengambil kira kategori tidak menentu seperti makanan dan tenaga, juga meningkat sebanyak 0.1% berbanding Januari. Para ahli ekonomi meramalkan bahawa indeks PPI keseluruhan dan asas akan menunjukkan kenaikan 0.2%. Berbanding dengan tempoh yang sama tahun sebelumnya, indeks meningkat pada Februari sebanyak 1.9%. Indeks dasar meningkat sebanyak 2.5%.

Isyarat baik untuk ekonomi yang sihat adalah permintaan barangan tahan lama. Di Amerika Syarikat, pertumbuhan diperhatikan untuk bulan ketiga berturut-turut. Menurut Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat, pesanan barangan tahan lama pada bulan Januari meningkat sebanyak 0.4% berbanding bulan sebelumnya. Ahli ekonomi menjangkakan pesanan akan menurun, sebaliknya, ia naik 0.6%.

Walaupun ia mencatatkan pertumbuhan, perlu diperhatikan bahawa faktor utama utnuk peningkatan pesanan adalah dari pesawat awam, di mana peningkatan itu hampir 16.0%. Tidak termasuk kelengkapan pengangkutan, pesanan menurun sebanyak 0.1%.

Bagi gambaran teknikal pasangan mata wang EURUSD, ia kekal tidak berubah berbanding ramalan pagi.

Pembeli memberikan tumpuan kepada kenaikkan harga di atas tahap rintangan 1.1305. Walau bagaimanapun, semua percubaan di pagi hari tidak berjaya. Penarikan semula harga ke tahap sokongan 1.1270 akan meningkatkan tekanan ke atas aset berisiko, yang akan membawa kepada jualan ke kawasan rendah 1.1235 dan 1.1210. Isyarat yang sama untuk menjual akan menjadi penentu kejayaan EURUSD di atas tahap rintangan 1.1305, yang akan meningkatkan tekanan ke atas mata wang euro. Sekiranya harga melanjutkan kenaikkan, sasaran pembeli akan terletak pada tahap 1.1340.

GBP

Ucapan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan United Kingdom membantu pound untuk terus menaik. Philip Hammond mengatakan bahawa ketidakpastian bergantung kepada ekonomi, tetapi keadaan kewangan sektor awam terus bertambah baik. Pada pendapatnya, penarikan keluar UK dari EU tanpa perjanjian bermakna ekonomi yang lebih kecil dan kurang makmur.

Menurut ramalan Menteri Kewangan, KDNK bagi tahun 2019 akan mencatatkan 1.2% berbanding ramalan sebelumnya sebanyak 1.6%. Hammond juga mencatatkan kenaikan inflasi mungkin berlaku, apabila ekonomi hampir penuh.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...