Kami telah melihat pembetulan harga yang dijangkakan pada pasangan mata wang EUR/USD dan harganya kini berada di tempat yang menunjukkan kenaikan lebih tinggi. Kami sedang mencari rali akhir yang lebih tinggi ke tahap 1.2736 untuk menyelesaikan rali gelombang lima yang bermula pada Mac 2020. Setelah rali gelombang lima ini selesai, kita harus mencari pembetulan yang lebih besar sekurang-kurangnya ke arah tahap 1.1730, tetapi buat masa ini fokus utama kita harus kekal menaik dan penembusan harga di atas rintangan kecil 1.2218 dan yang lebih penting lagi penembusan harga di atas tahap 1.2243 akan mengesahkan lonjakan seterusnya yang lebih tinggi ke arah 1.2736
Cadangan dagangan:
Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli sebaik sahaja pasangan mata wang EUR/USD ini menembusi di atas tahap 1.2218 untuk rali impulsif seterusnya ke tahap 1.2736 di mana keuntungan harus ditetapkan.