Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EUR/USD, anda perlu:
Gambaran teknikal bagi pasangan mata wang ini tidak berubah. Adalah lebih baik untuk kembali ke pesanan membeli selepas membuat penembusan harga palsu pada tahap sokongan 1.1337, tetapi lebih baik untuk membeli euro dari tahap rendah sekitar tahap 1.1301 dan 1.1278. Sasaran utama aliran menaik adalah untuk menembusi dan mengukuh di atas tahap rintangan 1.1370, yang akan membawa kepada kemas kini tahap tinggi 1.1407 dan 1.1459, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit. Laporan yang positif untuk Jerman, yang dijadualkan akan dikeluarkan pada separuh pertama hari ini, akan dapat mengekalkan aliran menaik euro.
Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD, anda perlu:
Penjual akan muncul selepas pasangan mata wang ini membuat pembetulan menaik ke tahap rintangan kuat 1.1370, tetapi tugas utama pasangan mata wang EUR/USD ini adalah untuk kembali dan mengukuh di bawah tahap sokongan 1.1337, yang akan membawa kepada jualan lebih tajam EUR/USD untuk mengemas kini tahap rendah sekitar 1.1301 dan 1.1278. Laporan Jerman yang melemah berkemungkinan akan menyokong penurunan harga. Sekiranya euro tidak berada di bawah tekanan di kawasan rintangan 1.1370, pesanan menjual boleh diambil serta-merta untuk melantun dari tahap tinggi 1.1407.
Isyarat Indikator:
Moving averages
Pasangan mata wang ini telah bergerak ke kawasan Moving Average (MA) 30 dan 50 hari, yang menunjukkan sifat pasaran mendatar menjelang pengumuman laporan ekonomi utama.
Bollinger bands
Volatiliti indikator Bollinger Bands adalah sangat rendah, yang mana ia tidak menunjukkan isyarat kemasukan pasaran.
Huraian Indikator
- MA (moving average) 50 days - Kuning
- MA (moving average) 30 days - Hijau
- MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
- Bollinger Bands 20