Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Fasa Pembetulan Pasangan Mata Wang EUR/USD Terhenti!

parent
Analisis Forex:::2021-06-17T08:39:00

Fasa Pembetulan Pasangan Mata Wang EUR/USD Terhenti!

Pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan lemah pada tahap 1.1987 di bawah tahap psikologi 1.2000. Pasangan mata wang ini merekodkan penurunan ketara selepas FOMC. Rali DXY mendorong mata wang dolar AS meningkat berbanding semua pesaingnya yang lain.

Pasangan mata wang ini berada dalam fasa pembetulan. Namun, kami tidak dapat mengecualikan lantunan semula yang kecil selepas penurunan ketara ini. Secara teknikalnya, pergerakan menurun jauh dari selesai. Pertumbuhan selanjutnya DXY harus mendorong pasangan mata wang ini ke arah tahap rendah baru.

Dolar AS naik lebih tinggi apabila Rizab Persekutuan mengisyaratkan dua kenaikan pada akhir 2023. Dasar kewangan tidak berubah. AS dijadualkan akan menerbitkan laporan Tuntutan Penganggurannya pada hari ini. Indikator dijangka turun dari 376k kepada 360k pada minggu sebelumnya yang mana ia adalah baik untuk dolar AS.

Sell-Off yang Kuat pada Pasangan Mata Wang EUR/USD

Fasa Pembetulan Pasangan Mata Wang EUR/USD Terhenti!

Pasangan mata wang EUR/USD menekan tahap Fibonacci 50% dan ia cenderung untuk melanjutkan penurunannya jika harga ditutup di bawahnya. S3 (1.1935) dan Anjakan Semula 61.8% dilihat sebagai sasaran penurunan harga yang seterusnya.

Pasangan mata wang ini telah mengalami pergerakan penurunan yang kuat setelah stabil di bawah tahap penurunan 23.6%. Saya telah memberitahu anda dalam analisis saya yang terdahulu bahawa pasangan mata wang EUR/USD berpotensi untuk membentuk pembetulan harga yang lebih besar jika ia membuat penembusan menuurn dari corak saluran bawah.

Gambaran Dagangan!

Pasangan mata wang EUR/USD dijangka akan meneruskan penurunannya selagi ia stabil di bawah Anjakan Semula 50% dan di bawah tahap rendah sebelumnya, iaitu pada 1.1985.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...