Dolar AS, meskipun terdapat beberapa faktor negatif, tidak dianggap sebagai faktor yang mendorong kepada penurunan harga. Mata wang AS dilihat terus mengukuh, disebabkan oleh fakta bahawa semua bank pusat utama telah memilih "dolar AS" berhubung dengan dasar kewangan dalam menghadapi prospek ekonomi global yang semakin buruk. Sebagai contoh, Reserve Bank of New Zealand mengejutkan pasaran, dengan mengatakan bahawa ia berkemungkinan akan menurunkan kadar faedah. Sentimen sedemikian memberi tekanan pada mata wang utama, dan dolar AS kelihatan lebih meyakinkan terhadap kenyataan Fed NZ tersebut. Kita juga boleh mengatakan bahawa bukan dolar AS menaik, tetapi pesaingnya jatuh.
Kedudukan kukuh mata wang itu tidak terjejas meskipun terdapat penurunan dalam hasil bon Perbendaharaan AS. Hasil dari obligasi Perbendaharaan masih pada paras menarik dibandingkan dengan rakan-rakan di zon eropah. Oleh itu, sementara mata wang seperti euro jatuh, dolar akan terus berkembang. Di samping itu, potensi kenaikkan euro mungkin dihadkan selepas ketua ECB, Mario Draghi, berkata kenaikan kadar faedah mungkin ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan datang.
Mata wang yang sensitif terhadap keadaan ekonomi dunia akan terus merosot disebabkan oleh peningkatan risiko untuk ekonomi dunia. Dolar New Zealand secara literalnya telah kehilangan 1.6 peratus dalam sehari, dan ini bukan hadnya. Dolar Australia jatuh hampir 0.7 peratus. Yen, yang dianggap sebagai 'safe haven', mempunyai peluang untuk meneruskan kenaikkan bertindak balas terhadap laporan pergerakan saham Jepun tetapi masih jauh dari tahap tinggi enam minggu 109.70 yen per dolar yang dicapai pada Isnin lalu.