Carta 4H
Amplitud 5 hari terakhir (tinggi-rendah): 95p - 118p - 43p - 63p - 44p.
Amplitud purata 5 hari terakhir: 73p (86p).
Pada Khamis, 28 Mac, mata wang Eropah sekali lagi diniagakan rendah berbanding dolar AS dan menghampiri sempadan lebih rendah pada kawasan sokongan utama 1.1200 -1.270. Malah laporan yang lemah mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS pada suku keempat gagal menyelamatkan mata wang euro. Dijangkakan bahawa KDNK akan mencatatkan bacaan 2.4% y/y, tetapi pada kenyataanya, ia hanya mencatatkan angka 2.2%. Walau bagaimanapun, bertentangan dengan logik, euro terus jatuh. Ini hanya menandakan satu perkara - pedagang telah membuat pilihan di antara dolar dan euro dalam dagangan jangka sederhana. Hanya satu perkara yang boleh menyelamatkan mata wang euro sekarang - pesanan tertunda untuk membeli berada di sekitar tahap 1.1200. Jika ia tidak membantu, euro berpotensi mencapai kawasan sokongan utama dan seterusnya mendorong penurunan yang lebih kuat. Walaupun terdapat kenyataan bahawa dari laporan asas bagi mata wang euro, situasi menjadi lebih baik selepas Fed enggan menurunkan semula kunci kira-kira dan menaikkan kadar, nampaknya ini tidak mencukupi untuk meyakinkan pedagang untuk membeli euro. Malangnya untuk Donald Trump, dolar berpotensi untuk terus mengukuh. Oleh itu, para peserta pasaran digalakkan untuk terus mengikuti trend, iaitu, untuk menjual pasangan mata wang ini, terutamanya kerana semua indikator teknikal pada masa ini dengan jelas menunjukkan pergerakan menurun. Pada hari dagangan terakhir minggu ini, pasangan mata wang ini boleh mula menyesuaikan diri, yang akan menjadi logik kerana keinginan pedagang untuk mengambil keuntungan.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang EUR/USD meneruskan dagangan dalam aliran menurun dan ia telah menembusi tahap sokongan 1.1234. Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang disyorkan untuk mempertimbangkan pesanan menjual dengan sasaran diletakkan pada tahap 1.1166. Masih terdapat keraguan tentang kemampuan pasangan mata wang ini untuk mengatasi kawasan sekitar tahap 1.1200.
Sebagai tambahan kepada gambaran teknikal, para pedagang juga perlu mengambil kira laporan fundamental dan waktu pengumuman laporan tersebut.
Penjelasan Ilustrasi:
Ichimoku Indicator:
Tenkan-sen – Garis Merah.
Kijun-sen – Garis Biru.
Senkou span a – Garis putus-putus coklat terang
Senkou span B - garisan putus-putus ungu terang
Chikou span - Garis Hijau.
Indikator Bollinger Band:
3 garis kuning.
MACD:
Garis merah dan histogram dengan bar putih dalam tetingkap indikator.