Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ EUR/USD: Pelan Dagangan Sesi Eropah untuk 29 Mac, 2019. Seluruh perhatian tertumpu kepada laporan penting di negara-negara zon eropah

parent
Analisis Forex:::2019-03-29T06:41:06

EUR/USD: Pelan Dagangan Sesi Eropah untuk 29 Mac, 2019. Seluruh perhatian tertumpu kepada laporan penting di negara-negara zon eropah

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Euro telah gagal untuk pulih ekoran laporan ekonomi Jerman yang melemah, yang telah dikeluarkan pada semalam hingga waktu tengah hari. Setakat ini, adalah lebih baik untuk melihat dengan lebih dekat pesanan membeli euro selepas harga menembusi tahap sokongan 1.1208 atau untuk mengambil pesanan membeli semasa lantunan semula harga dari tahap rendah baru 1.1176. Tugas utama pasangan mata wang EUR/USD kini adalah untuk kembali dan mengukuh di atas tahap rintangan 1.1240, dari mana kita boleh menjangkakan kenaikkan pada kawasan 1.1269, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit.

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Siri laporan ekonomi Jerman, Itali dan Sepanyol yang melemah berpotensi untuk mengembalikan penjual mata wang Eropah ke pasaran. Walaupun harga berdagang di bawah julat harga 1.1240, tekanan pada euro akan berterusan, dan aliran menurun diramalkan akan mensasarkan ke tahap rendah sekitar 1.1208 dan 1.1176, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit. Apabila pasangan mata wang EUR/USD ini kembali berdagang ke tahap rintangan 1.1240 pada separuh pertama hari ini, adalah lebih baik untuk mempertimbangkan kedudukan mengambil pesanan menjual sewaktu lantunan semula harga dari tahap rendah 1.1269 dan 1.1294.

Isyarat Indikator:

Moving averages (MA)

Pasangan mata wang ini berdagang di bawah Moving Averages (MA) 30 dan 50 hari, yang menunjukkan sifat pasaran menurun.

Bollinger band

Penembusan harga pada sempadan lebih tinggi pada indikator Bollinger Bands sekitar tahap 1.1240 berpotensi untuk menyebabkan pembetulan lebih tinggi pada mata wang euro. Penembusan harga pada sempadan yang lebih rendah di kawasan 1.1208 akan membawa harga kepada gelombang penurunan baru euro.

EUR/USD: Pelan Dagangan Sesi Eropah untuk 29 Mac, 2019. Seluruh perhatian tertumpu kepada laporan penting di negara-negara zon eropah

Huraian Indikator:

  • MA (moving average) 50 days - Kuning
  • MA (moving average) 30 days - Hijau
  • MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
  • Bollinger Bands 20
Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...