Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Isyarat dagangan pasangan XAU/USD (emas) untuk 22-23 Jun 2021: Buka pesanan membeli di atas tahap $1,789

parent
Analisis Forex:::2021-06-22T07:50:41

Isyarat dagangan pasangan XAU/USD (emas) untuk 22-23 Jun 2021: Buka pesanan membeli di atas tahap $1,789

Isyarat dagangan pasangan XAU/USD (emas) untuk 22-23 Jun 2021: Buka pesanan membeli di atas tahap $1,789

Pada awal sesi dagangan Eropah, logam berharga (XAU/USD) diniagakan di bawah SMA 21 pada carta 4 Jam, membentuk corak segitiga simetri. Penembusan harga yang ketara dijangka akan mengesahkan arah pergerakan harga emas yang seterusnya.

Sikap Rizab Persekutuan (Fed) 'hawkish' telah memberi tekanan kepada harga emas dan juga mendorong indeks dolar AS (USDX) naik ke tahap tinggi dua bulan pada 92.33. Kini harga logam menunjukkan tanda-tanda keletihan.

Dua kenaikan kadar oleh Fed yang dijadualkan pada tahun 2023 mempengaruhi daya tarikan emas sebagai aset 'safe haven', kerana ia dianggap sebagai aset pelaburan yang tidak mendapat faedah. Namun, sekarang mungkin terdapat kemungkinan baru untuk bertindak sebagai aset perlindungan.

Emas berkemungkinan besar akan mendapat momentum kenaikkan harga jika ia mengukuh di atas SMA 21 pada carta 4 Jam, yang terletak pada tahap 1,789. Tahap ini adalah harga utama. Sekiranya logam berharga ini berdagang di atas tahap 1,790, sasarannya adalah pada tahap rintangan 1,812 (6/8) dan 1,860 (EMA 200).

Sebaliknya, penembusan harga di bawah garis bawah segitiga simetri akan menjadi peluang yang baik untuk para pedagang membuka pesanan menjual di bawah 1,781. Terdapat juga 5/8 murray, sasaran penurunannya dilihat pada tahap 1,750.

Kami percaya bahawa kekuatan kenaikkan harga boleh berlaku dalam emas, hanya jika ia berada di atas tahap 1,789. Kita boleh membuka pesanan membeli dengan syarat itu. Indikator eagle menyokong tinjauan kenaikkan harga kami kerana ia terletak 10 mata di atas dan menunjukkan isyarat kenaikan harga.

Dalam sesi dagangan Amerika, kami berharap bahawa trajektori emas akan ditentukan. Cadangan kami kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli di atas SMA 21 dan menjual di bawah 5/8 murray dengan sasaran yang kami perhatikan dalam carta di atas.

Tahap Sokongan dan Rintangan untuk 22 - 23 Jun 2021

Rintangan (3) 1,810

Rintangan (2) 1,799

Rintangan (1) 1,791

----------------------------

Sokongan (1) 1,777

Sokongan (2) 1,769

Sokongan (3) 1,756

***********************************************************

Tips dagangan pasangan XAU/USD (emas) untuk 22-23 Jun 2021

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli di atas 1,789 (SMA 21), dengan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1,812 (6/8) dan 1,860 (EMA 200), sementara pesanan Stop Loss di bawah 1,780.

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual di bawah 1,780 (5/8), dengan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1,750 (4/8), sementara pesanan Stop Loss di atas 1,790.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...