Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ EUR/USD: Pelan Dagangan Sesi Eropah untuk 1 April. Laporan aktiviti pengeluaran zon eropah yang positif dijangka akan membantu mata wang tunggal.

parent
Analisis Forex:::2019-04-01T08:10:05

EUR/USD: Pelan Dagangan Sesi Eropah untuk 1 April. Laporan aktiviti pengeluaran zon eropah yang positif dijangka akan membantu mata wang tunggal.

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Beberapa laporan ekonomi utama mengenai aktiviti pengeluaran zon eropah dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini, yang dapat membantu mengukuhkan mata wang Eropah. Pada masa ini, adalah lebih baik untuk melihat dengan lebih dekat pesanan membeli euro selepas harga mengemas kini tahap sokongan 1.1208 atau untuk mengambil pesanan membeli semasa lantunan harga dari tahap rendah baru 1.1176. Tugas utama mata wang adalah untuk kembali dan mengukuh di atas tahap rintangan 1.1240, dari mana kita boleh menjangkakan kenaikkan harga dalam kawasan 1.1269 dan 1.1294, di mana saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan.

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Sekiranya laporan pengeluaran zon eropah mencatatkan bacaan yang melemeah, tekanan pada mata wang tunggal berkemungkinan akan dilanjutkan semula. Kegagalan pengukuhan harga dan harga kembali berdagang di bawah tahap 1.1240 akan membawa kepada gelombang menurun baru bagi pasangan mata wang EUR/USD mengemas kini tahap rendah sekitar 1.1208 dan 1.1176, di mana saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan. Dengan senario kenaikkan pasangan mata wang EUR/USD pada tahap rintangan 1.1240 pada separuh pertama hari ini, adalah lebih baik untuk mempertimbangkan kedudukan mengambil pesanan menjual pada lantunan semula harga dari tahap tinggi 1.1269 dan 1.1294.

Isyarat Indikator:

Moving averages (MA)

Pasangan mata wang ini berdagang di kawasan Moving Averages (MA) 30 dan 50 hari, yang menunjukkan pasaran mendatar.

Bollinger band

Penembusan harga pada sempadan lebih tinggi pada Bollinger Bands sekitar tahap 1.1240 berpotensi menyebabkan pembetulan menaik dalam euro. Penembusan harga pada sempadan yang lebih rendah di kawasan 1.1208 akan membawa kepada gelombang penurunan euro baru.

EUR/USD: Pelan Dagangan Sesi Eropah untuk 1 April. Laporan aktiviti pengeluaran zon eropah yang positif dijangka akan membantu mata wang tunggal.

Huraian Indikator:

  • MA (moving average) 50 days - Kuning
  • MA (moving average) 30 days - Hijau
  • MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
  • Bollinger Bands 20
Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...