Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 4 April. Pembeli Euro memerlukan kenaikkan segera di atas tahap 1.1250

parent
Analisis Forex:::2019-04-04T08:00:32

EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 4 April. Pembeli Euro memerlukan kenaikkan segera di atas tahap 1.1250

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Semalam, euro kekal diniagakan dalam saluran kecil selepas menaik, yang dibentuk susulan laporan positif dalam aktiviti perkhidmatan dan jualan runcit di zon eropah, walau bagaimanapun, untuk meneruskan aliran menaik, adalah perlu untuk menembusi di atas tahap rintangan 1.1248. Pengukuhan harga pada tahap ini akan membawa kepada gelombang menaik baru dengan kemaskini tahap tinggi dalam julat 1.1270 dan 1.1294, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan. Sekiranya euro menurun pada separuh pertama hari ini, apabila laporan dasar kewangan Bank Pusat Eropah dikeluarkan, adalah lebih baik untuk mempertimbangkan pesanan membeli baru semasa lantunan harga dari tahap sokongan 1.1218 atau dari sempadan lebih rendah saluran mendatar pada tahap 1.1186.

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Pasangan mata wang ini diniagakan dalam aliran menurun pada tahap rintangan 1.1250, dan sementara harga berdagang di bawah julat ini, kita boleh mengharapkan tekanan yang berterusan berbanding euro. Kemungkinan besar, laporan ECB yang lemah akan mengembalikan permintaan untuk dolar AS, yang akan membawa kepada kemas kini bahagian tengah saluran lebar 1.1218, serta had lebih rendah 1.1186, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan. Apabila senario kenaikkan di atas tahap 1.1250 pada separuh pertama hari ini, adalah lebih baik untuk mempertimbangkan kedudukan menjual sewaktu lantunan harga semula dari tahap rintangan 1.1269 dan 1.1294.

Isyarat Indikator:

Moving averages (MA)

Pasangan mata wang ini diniagakan dalam kawasan Moving Averages (MA) 30 dan 50 hari, yang menunjukkan pasaran mendatar.

Bollinger band

Penembusan harga yang lebih tinggi pada indikator Bollinger Bands pada tahap 1.1248 akan membawa kepada gelombang baru pertumbuhan euro.

EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 4 April. Pembeli Euro memerlukan kenaikkan segera di atas tahap 1.1250

Huraian Indikator

  • MA (moving average) 50 days - Kuning
  • MA (moving average) 30 days - Hijau
  • MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
  • Bollinger Bands 20
Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...