Carta 4 Jam
Seperti yang diperhatikan pada carta 4 jam, pasangan mata wang EUR/USD menamatkan kenaikkan ke tahap Penarikan Semula 61.8% (1.1281) dan melantun semula dengan itu dengan giliran memihak kepada mata wang Amerika. Akibatnya, pada 10 April, proses penurunan pada tahap Penarikan 76.4% (1.1241) bermula. Tiada indikator menunjukkan perbezaan (divergence) pada carta semasa. Kenaikkan harga dari tahap Fibo 76.4% akan berfungsi memihak kepada euro dan kembali ke tahap 61.8%. Penutupan pasangan mata wang ini di bawah tahap Fibo 76.4% akan meningkatkan kebarangkalian penurunan seterusnya ke arah tahap Penarikan semula 100.0% (1.1177).
Grid Fibo dibangunkan pada tahap ekstrem dari 7 Mac, 2019, dan 20 Mac, 2019.
Carta Harian
Seperti yang diperhatikan pada carta 24 jam, pasangan mata wang EUR/USD ini mengekalkan peluang untuk meneruskan penurunan ke arah tahap Penarikan Semula 161.8% (1.0941), sebagaimana harga terus berada di bawah tahap Fibo iaitu 127.2% (1.1285). Penutupan pasangan mata wang EUR/USD di atas tahap 127.2% boleh ditafsirkan sebagai giliran yang memihak kepada mata wang EU dan kita boleh menjangkakan beberapa pertumbuhan ke arah tahap Penarikan Semula 100.0% (1.1553). Tidak ada perbezaan (divergence) pada carta semasa.
Grid Fibo dibangunkan pada tahap ekstrem dari 7 November, 2017, dan 16 Februari 2018.
Pelan Perdagangan:
Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EUR/USD dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.1281 dan 1.1313 sekiranya pasangan mata wang ini melantun semula dari tahap Penarikan Semula 76.4%. Pesanan Stop Loss harus ditetapkan di bawah 1.1241.
Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.1241 sekiranya pasangan mata wang ini melantun semula dari tahap Penarikan Semula 61.8%. Pesanan Stop Loss harus ditetapkan di atas tahap 1.1281.