Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:
Semasa undian semalam, UK diputuskan boleh kekal di Kesatuan Eropah (EU) sehingga 31 Oktober 2019. Keputusan ini telah mengekalkan ketidakpastian dalam arah aliran masa hadapan untuk pound, kerana ia sekali lagi tidak memberikan garis panduan yang jelas untuk 'pemain besar'. Hari ini, pembeli perlu membuat penembusan harga palsu di kawasan sokongan 1.3079, yang akan menjadi isyarat pertama untuk para pedagang mengambil pesanan membeli menurut penembusan harga pada sempadan lebih tingi pada saluran mendatar 1.3119 dan pada pembentukan aliran menaik baru, yang akan membawa pasangan mata wang GBP/USD ke tahap tinggi 1.3160 dan 1.3195, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan Take Profit. Sekiranya pound menurun di bawah tahap 1.3079, adalah lebih baik untuk mempertimbangkan kedudukan mengambil pesanan membeli baru pada penembusan harga palsu dari tahap sokongan 1.3032 atau semasa lantunan semula harga dari tahap lebih rendah 1.2988.
Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:
Hari ini, aliran menurun akan kembali mendominasi pasaran dan mengukuh di bawah tahap sokongan perantaraan 1.3079, yang akan membawa kepada penjualan lebih tajam ke kawasan 1.3032 dan 1.2988, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan Take Profit. Kegagalan harga untuk mengukuh dan membuat penembusan harga palsu di rantau sempadan lebih tinggi saluran mendatar 1.3119 juga akan menjadi isyarat kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD. Apabila harga meningkat di atas tahap 1.3119 pada separuh pertama hari ini, adalah lebih baik untuk menjual pound dari tahap tinggi baru sekitar 1.3160 dan 1.3195.
Isyarat Indikator:
Moving averages
Pasangan mata wang ini diniagakan dalam wilayah Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan pembentukan saluran mendatar.
Bollinger band
Penembusan harga pada sempadan yang lebih rendah pada indikator Bollinger Bands berhampiran tahap 1.3070 akan memberi tekanan ke atas Pound. Kenaikkan harga akan dihadkan ke bahagian lebih tinggi sekitar tahap 1.3117.
Huraian Indikator:
- MA (moving average) 50 days - Kuning
- MA (moving average) 30 days - Hijau
- MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
- Bollinger Bands 20