Pasangan Mata Wang EUR/USD
Pada Khamis, Indeks dolar mengukuh sebanyak 0.27% berikutan penurunan dalam pasaran komoditi, instrumen utama, yang paling banyak dikaitkan dengan dolar AS; emas -1.22%, tembaga -0.82%, minyak -1.08%. Euro jatuh sebanyak 20 mata, lebih rendah berbanding mata wang asing yang lain. Kestabilan euro ditunjukkan dalam sesi dagangan Asia - mata wang Eropah kembali berdagang ke paras tinggi dua hari lalu. Menurut teknikal, pembalikan harga ini adalah disebabkan oleh garis keseimbangan sokongan pada 4H dan sempadan Marlin Oscillator yang memisahkan zon kenaikkan dan penurunan pada carta harian, yang mana garis isyarat ini gagal ditembusi. Rupa-rupanya, harga dilihat telag bergerak ke saluran harga 1.1308 pada carta harian, tetapi ia terhalang oleh garis keseimbangan.
Sementara itu, kejatuhan dalam pasaran komoditi berterusan, mata wang kaunter lain terus menjadi lemah berbanding dolar AS. Pembalikan euro yang lebih tegas adalah diramalkan selepas naik sedikit ke paras 1.1308. Sasaran untuk aliran menurun terletak pada tahap 1.1155.
Pasaran mungkin menjadi lebih kuat, iaitu garis tertanam rintangan pada saluran harga telah ditembusi. Potensi ini ditunjukkan oleh Marlin Oscillator pada carta harian, oleh itu harga tidak bersedia untuk bergerak lebih rendah. Dalam kes ini, pertumbuhan euro berpotensi untuk diteruskan ke garis Fibonacci 76.4% pada tahap 1.1357.