Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:
Laporan inflasi tidak membantu Pound untuk diniagakan kembali tinggi ditengah -tengah saluran, kerana inflasi mencatatkan bacaan yang selari dengan ramalan ekonomi. Adalah lebih baik untuk mempertimbangkan mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD selepas kembali dan menetapkan di atas tahap rintangan 1.3064, yang akan membawa kepada kemas kini had atas saluran mendatar sekitar tahap 1.3094 dan menguji tahap maksimum 1.3118, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit (TP). Jika pound menurun, adalah lebih baik untuk mengambil pesanan membeli selepas ia membuat penembusan harga palsu di kawasan 1.3032 dan paling baik sewaktu lantunan semula harga dari tahap rendah 1.3010 dan 1.2989.
Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:
Pada separuh pertama hari ini, aliran menurun perlu membentuk penembusan harga palsu pada tahap rintangan 1.3064, yang akan meningkatkan tekanan ke atas pasangan mata wang ini dan mendorong kepada satu lagi ujian sokongan besar pada tahap 1.3032, di mana pound telah melantun semula untuk kali ke-4. Hanya penembusan harga pada tahap ini akan meningkatkan tekanan pada pasangan mata wang GBP/USD, yang akan membuka jalan untuk harga bergerak terus ke tahap minimum 1.3010 dan 1.2989, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit (TP). Untuk senario menaik di atas tahap 1.3064 susulan keputusan laporan jualan runcit, adalah lebih baik untuk mengambil pesanan menjual sewaktu lantunan semula harga dari tahap rintangan 1.3094.
Butiran lanjut tentang ramalan boleh didapati dalam ulasan video.
Isyarat Indikator:
Moving averages
Pasangan mata wang ini diniagakan dalam wilayah Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan pembentukan saluran mendatar.
Bollinger band
Volatiliti pada indikator Bollinger Bands telah menurun secara serius, yang tidak memberikan isyarat untuk kemasukan pasaran.
Huraian Indikator:
MA (moving average) 50 hari - Kuning
MA (moving average) 30 hari - Hijau
MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
Bollinger Bands 20