Gambaran Teknikal Pasaran:
Pasangan mata wang GBP/USD ini diniagakan hampir dengan sokongan teknikal jangka pendek utama yang berada pada tahap 1.3785. Harap maklum bahawa momentum bagi pasangan mata wang kini adalah negatif, harga kekal berada di bawah rintangan garis arah aliran jangka pendek dan keadaan pasaran kini turun dari tahap terlebih jualan (oversold). Sokongan teknikal paling hampir dilihat terletak pada tahap 1.3807, sementara rintangan teknikal paling hampir pula berada pada tahap 1.3965 dan 1.3982.
Pivot Points (PP) Mingguan:
WR3 - 1.4200
WR2 - 1.4101
WR1 - 1.3989
Pivot Mingguan - 1.3882
WS1 - 1.3772
WS2 - 1.3669
WS3 - 1.3557
Cadangan Perdagangan:
Carta masa mingguan masih menunjukkan bahawa trend kenaikan harga masih kuat. Hanya penembusan harga pada tahap 1.3518 yang berterusan akan mencetuskan pergerakan menurun yang lebih besar daripada anjakan semula harga biasa. Apabila kitaran pembetulan harga ditamatkan, trend kenaikan harga berkemungkinan besar akan dilanjutkan menuju ke sasaran jangka panjang seterusnya yang terletak pada tahap 1.4222 (tahap tinggi dari 24.02.2021).
