Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:
Laporan lemah semalam dari zon eropah telah mendorong kepada pertumbuhan selanjutnya euro yang berisiko. Matlamat utama pada hari ini ialah penembusan dan pengukuhan harga di atas tahap rintangan 1.1218, yang akan menyebabkan pasangan mata wang EUR/USD berdagang ke tahap tinggi minggu lalu 1.1260 dan mengekalkan potensi menaik dengan tahap ujian 1.1282 dan 1.1301, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit (TP). Sekiranya laporan Suruhanjaya Eropah tidak menggembirakan peniaga, dan, berkemungkinan besar, ia akan berbuat demikian, maka ia adalah lebih baik untuk kembali ke pesnana membeli euro selepas diperbetulkan lebih rendah dari tahap sokongan 1.1180 atau untuk melantun dari tahap yang lebih tinggi 1.1138.
Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:
Aliran menurun akan menunggu laporan Suruhanjaya Eropah, dan kegagalan harga untuk mengukuh pada tahap 1.1217 akan menjadi isyarat untuk para pedagang mengambil pesanan menjual euro untuk jatuh dan mengukuh di bawah tahap sokongan 1.1180, penembusan harga yang akan menolak pasangan mata wang EUR/USD ke tahap rendah iaitu 1.138 dan 1.112. Dengan kenaikkan euro di atas tahap rintangan 1.1218 pada separuh pertama hari ini, adalah lebih baik untuk mengambil pesanan menjual untuk melantun dari tahap tinggi 1.1260, tetapi rintangan pertengahan boleh menjadi pada tahap 1.1240.
Isyarat Indikator:
Moving Averages
Pasangan mata wang ini diniagakan lebih tinggi di atas Moving Averages (MA) 30 dan 50, tetapi laporan yang baik diperlukan untuk pertumbuhan berterusan euro.
Bollinger band
Sempadan lebih rendah indikator pada tahap 1.1187 adalah tahap sokongan perantaraan. Penembusan harga pada sempadan yang lebih tinggi sekitar tahap 1.1218 dapat meningkatkan permintaan untuk euro.
Huraian Indikator:
- MA (moving average) 50 days - Kuning
- MA (moving average) 30 days - Hijau
- MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
- Bollinger Bands 20