Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 4 Jun. Pembelian Euro mungkin dihadkan oleh tahap 1.1261 dan perbezaan (divergence) pada indikator MACD

parent
Analisis Forex:::2019-06-04T08:01:34

EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 4 Jun. Pembelian Euro mungkin dihadkan oleh tahap 1.1261 dan perbezaan (divergence) pada indikator MACD

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Semalam, pembeli euro mencapai rintangan yang terletak pada tahap 1.1261 selepas kenyataan mengenai kemungkinan penurunan kadar faedah di Amerika Syarikat, tetapi penembusan harga pada julat ini diperlukan untuk kesinambungan kenaikkan harga. Perbezaan (divergence) yang terbentuk pada indikator MACD berpotensi untuk menghalang pembeli untuk meneruskan pertumbuhan pada separuh pertama hari ini. Oleh yang demikian, pengiraan keseluruhan adalah pada laporan inflasi yang baik di zon eropah, yang akan membolehkan harga menembusi tahap 1.1261 dan mencapai ke tahap tinggi 1.1294 dan 1.1336, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan keuntungan. Sekiranya pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan dalam aliran menurun, sokongan akan diberikan oleh kawasan 1.1230, dari mana ia adalah yang terbaik untuk mengambil pesanan membeli sekiranya penembusan harga palsu terbentuk. Saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli semasa lantunan semula harga dari tahap minimum 1.1199.

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Penjual euro akan bergantung kepada perbezaan (divergence), yang terbentuk pada indikator MACD, oleh yang demikian, kegagalan pasangan mata wang EUR/USD untuk menembusi dan kembali berdagang ke tahap 1.12261 akan menjadi isyarat pertama untuk pembukaan pesanan menjual euro, di mana tahap sasaran akan menjadi tahap sokongan 1.1230, justeru itu, saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan keuntungan. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa inflasi yang melemah di zon eropeh boleh membantu menolak pasangan mata wang ini ke tahap minimum 1.11199. Untuk senario pertumbuhan selanjutnya dalam arah aliran menaik di atas tahap 1.1261, anda boleh mengambil pesanan menjual dari tahap rintangan 1.1294 atau semasa lantunan semula harga dari tahap maksimum 1.1336.

Isyarat Indikator:

Moving Averages

Pasangan mata wang ini diniagakan di atas Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan sifat menaik pasaran.

Bollinger Bands

Sekiranya berlaku penurunan dalam euro, sokongan akan diberikan oleh sempadan purata indikator di kawasan 1.1230, sementara anda boleh mengambil pesanan menjual selepas pasangan mata wang EUR/USD ini menembusi sempadan indikator menaik pada tahap 1.1285.

EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 4 Jun. Pembelian Euro mungkin dihadkan oleh tahap 1.1261 dan perbezaan (divergence) pada indikator MACD

Huraian Indikator

  • MA (moving average) 50 days – kuning
  • MA (moving average) 30 days – hijau
  • MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
  • Bollinger Bands 20
Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...