Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Gelombang Pasangan Mata Wang EUR/USD dan GBP/USD untuk 04 Jun. Inflasi di EU mungkin mengecewakan; bersedia untuk penurunan harga

parent
Analisis Forex:::2019-06-04T09:08:46

Analisis Gelombang Pasangan Mata Wang EUR/USD dan GBP/USD untuk 04 Jun. Inflasi di EU mungkin mengecewakan; bersedia untuk penurunan harga

Pasangan mata wang EUR/USD

Analisis Gelombang Pasangan Mata Wang EUR/USD dan GBP/USD untuk 04 Jun. Inflasi di EU mungkin mengecewakan; bersedia untuk penurunan harga

Semalam, saya ada menyebut bahawa penanda gelombang semasa boleh ditafsirkan dengan cara yang sama sekali berbeza, dan hari ini ia telah berubah. Kini, sekurang-kurangnya pada 23 Mei, ia dilihat sebagai penyempurnaan gelombang 3, dan, dengan itu, gelombang pembetulan 4, di mana tiga gelombang sudah jelas kelihatan, dan telah memulakan pembinaanya. Sekiranya pengiraan gelombang semasa adalah betul, maka berhampiran tahap 50.0% dan 61.8%, pembentukan gelombang menaik mungkin akan berakhir. Pasangan mata wang ini akan bergerak ke fasa pembinaan gelombang 5 segmen aliran menurun. Latar belakang berita, yang baru-baru ini memberikan sokongan serius kepada euro, mungkin berubah menjadi sebaliknya pada hari-hari yang mendatang. Terdapat beberapa faktor yang serius untuk mengharapkan kelembapan pertumbuhan ekonomi global, yang juga akan menjejaskan Kesatuan Eropah. Kenaikkan euro terkini sebahagian besarnya disebabkan oleh data ekonomi AS yang melemah, tetapi jangan lupa, bahawa EU sendiri tidak boleh berbangga dengan statistik yang positif. Oleh itu, saya percaya bahawa sokongan berita euro akan cukup untuk membina gelombang pemulihan 4.

Sasaran Belian:

1.1278 - 50.0% Fibonacci

1.1317 - 61.8% Fibonacci

Sasaran Jualan:

1.1106 - 0.0% Fibonacci

Kesimpulan umum dan cadangan perdagangan:

Pasangan mata wang Euro/Dolar AS kekal diniagakan dalam aliran menurun, tetapi ia dilihat terus membangunkan gelombang pembetulan. Secara umumnya, pesanan pembelian adalah sangat berisiko sekarang, kerana gelombang 4 boleh berakhir pada bila-bila masa. Saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengekalkan pembelian terbuka dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.1278 dan 1.1317, yang bersamaan dengan Fibonacci 50.0% dan 61.8%. Percubaan yang gagal untuk menembusi pada salah satu tahap ini atau isyarat MACD menurun - dan saya mencadangkan kepada anda untuk menutup pembelian.

Pasangan mata wang GBP/USD

Analisis Gelombang Pasangan Mata Wang EUR/USD dan GBP/USD untuk 04 Jun. Inflasi di EU mungkin mengecewakan; bersedia untuk penurunan harga

Pada 3 Jun, pasangan mata wang GBP/USD meningkat kira-kira 30 mata asas, dan corak gelombang masih membenarkan beberapa senario sekaligus. Sebagai contoh, tahap minimum 31 Mei mungkin mempertimbangkan sekurang-kurangnya struktur gelombang 5 pada gelombang c. Sekiranya ini berlaku, maka dari kedudukan semasa, instrumens ini mungkin akan meneruskan dagangan menaik baru. Walau bagaimanapun, latar belakang berita tidak memihak kepada Pound, kerana terdapat terlalu banyak masalah politik dan isu berkaitan Brexit di Britain sekarang. Oleh itu, dari sudut pandangan, pasangan mata wang ini berkemungkinan telah bersedia untuk menaik, tetapi tanpa sokongan berita, pasaran pertukaran asing tidak akan mula membeli Pound Britain. Dalam kes ini, saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk membeli semula dolar AS, jika pasaran kembali kepada penjualan instrumen dan harga berjaya menembusi tahap Fibonacci 200.0%.

Sasaran Belian:

1.2554 - 200.0% Fibonacci

1.2360 - 261.8% Fibonacci

Sasaran Jualan:

1.3175 - 0.0% Fibonacci

Kesimpulan umum dan cadangan perdagangan:

Corak gelombang instrumen Pound/Dolar AS menunjukkan kesinambungan penurunan harga dalam rangka gelombang sepatutnya c. Oleh itu, kini saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menunggu sehingga harga menembusi tahap 200.0% dan mengambil pesanan menjual pound dengan sasaran terletak berhampiran tahap 1.2360 dan 1.2176, yang bersamaan dengan Fibonacci 261.8% dan 323.6%. Kegagalan harga untuk menembusi tahap 200.0% boleh menyebabkan pembentukan aliran menaik, tetapi tanpa sokongan berita, pilihan ini tidak mungkin akan berlaku.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...